layan isteri


 cara RASULULLAH melayan isterinya..terbaekk wokk...

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

p/s
saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mencontohi RASULULLAH..saya akan layan awak macam mana nabi kita ajar..ini janji saya..



bukan sekadar omongan kosong

37 comments:

Ujie Othman said...

kalaulah sume bakal suami buat janji camni...

Niena Muhammad said...

romantiknye....
tetiba rasa nk cari suami yg leh tlg iron segala uniform,kilat kasut bagai...~

Anum said...

sangat2 mesra dan memupuk kasih sayang

syarifahsidrus said...

mencontohi nabi muhammad s.a.w tu yang terbaik

izuddinrahim said...

auww suwitnye awak..
saya pun nak buat macam awak jugak lah. insyaAllah. =)

inna_risna said...

lelaki baik utk perempuan baik dan begitulah sebaliknya...^^

Nuruashia said...

ni terbaikkkk..ciri2 calon suami nuru ah cenggini hohoho

KuNanGKuNanG said...

mudah2han niat baik awak akan terlaksana..amin...

Aku DaN SeSuAtU said...

semoga para suami mengikuti cara ini.

Shiema Sufian said...

nice info :D

Cik Pulau said...

waahhhhhhh....
insyaAllah..

Zul fattah said...

harap2 ko dapat jadi suami misali ji.. haha..

Unknown said...

so sweet~!! harap laki aku pun mcm ni :)

Umi Anaan said...

manis sangatttt....

nurdani said...

subhanallah...mulianya Rasulullah.

harap jugak bakal laki aku layan macam tu.hoho

qwert. said...

manisnya ;)

IFA Athirah said...

saya?something fishy

SoLy SoLicious said...

nak cari bakal suami yang mencontohi Rasulullah jua..InsyAllah

Anonymous said...

subhanallah~.. dapat x suami yg macam ni agal nye^^

Sunah Sakura said...

Rasulullah, Rasulullah...T_T

[sutera kasih] said...

jom berselawat ke atas junjungan nabi kita yg tercinta...


suka part P/S tu

bobiedanbad said...

semoga awak menjadi suami terbaik pada isteri awak....

Eliza Sulaiman said...

rindu Rasulallah...

:')

Unknown said...

suami zaman sekarang kalau bini tak masak mula la buat alasan nak kawen lain...huh!!!

Ceiler Mun said...

aku nak cari lelaki macam baginda Rasulullah SAW..


aku tau masih ada, tapi persoalannya.. sesuai ke dengan aku?

MerLe said...

sebaik - baik ikutan..... =)

:: cikNuurul :: said...

janji mesti ditunaikan,..:)

♥ Nana BamBam ♥ said...

Insyaallah..jika Iman kamu sekuat Baginda...

HEROICzero said...

yang p/s tu yang mahal tu ~ keh3x

SN said...

peh,mn nak dpt laki gini

Ameena Muktar said...

nak suami macam neh, kena belajar untuk jadi begini jugak.

bak kata my opismate : when u married, u need to compromise sbb kdg2 bab basuh baju pun boleh jadi isu. owh......

Unknown said...

Bgus ji

teruskn niat

BERMASALAH said...

solehnya ostad kita ini.

moga tercapai segala impian mu. bahagia lah bakal zaujah hehe

monologmalamhari said...

kalau nak bakal suami yang baik harus la jadi yang terbaik untk bkal suaminya dhlu =)

ghost said...

bagus panduan nih,Ji.sesuai sangat untuk yang mula berangan nak kawen.

Aini Azman said...

romantik nye Baginda,.berdoa semoga aku dpt suami seperti dia,.amin..=)

Aida Azura said...

dan saya akn cuba mnjadi "bagaikan Khadijah di hati Rasulullah".. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved