ceritera sebuah kehidupan part satu

Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku 'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.
...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.  

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca
Domestica atau Lalat Rumah
dari keluarga Diptera iaitu serangga yang
mempunyai dua sayap. Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di
seluruh dunia. Aku berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi
dewasa. Aku sudah
menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2
hari, sekolah menengah dalam masa 2
hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah
dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana
Muda Makanan dan Sampah
Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,
cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari
sesedut makanan, aku singgah
sebentar di lorong belakang sebuah bangunan.
Aku nampak seorang perempuan
yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar
di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada
sekitar kawasan
itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan
tangannya sambil mulutnya memaki
hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku
dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku
bukan binatang, aku adalah
serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa
penyakit dan virus yang
merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk,
sekurang-kurangnya aku lebih baik dari
dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk
ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor
aku, engkau lebihkotor,
lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan
maki hamun di dalam hati. Aku
terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi
Tuhan ini. Aku sekadar
ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang
dan kamu humban di dalam
tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan
dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih
hina? Aku tak pernah sia-siakan
sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil
kawan-kawan aku. Kami
berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku
menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan
kalian yang langsung tidak
membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.
Itulah kerja aku dan itulah
kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong
sampah belakang sebuah
rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku
memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.
Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian.
Sudah rezeki aku.

bersambung>>>>



bukan sekadar omongan kosong

14 comments:

tulus sweet said...

lalat dah loni....huhu
nice~thumbs up!

alexa yussida said...

best sgt!cerita n pngajaran:)

tulus sweet said...

susah gila orang tak ada sob ni...terpaksa menyelit sini....nak komen pasal komen pak yus tadi.

*betul.islam ni bukan agama paksaan.kalau siapa yang masuk kristian tu paling kurang dapat habuan.dan orang2 kristian rajin sampaikan agama deorang dalam2 hutan.deorang jgak pandai ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.orang islam ni ada susahnya jugak sebab kitorang bajet tak boleh usik khinzir ngan anjing.nak samak takut kemudahan seperti air tak ada.

A.s.t.i.n.a said...

errr ni kesah lalat, komen ade sal samak dog dan khinzir..

saya nak komen sal lain gak lah.. Cete DI SINI ADE HATU tu best gak tau.. klakor.. tapi cete antu tu boring.. kalau rasa duit terlebih boleh lah kalian gi tgk bulan ni.

kiera'sakura said...

best.. ade misteri yg t'selit kt situ.... kte tunggu..

y u y u Z u l a i k h a said...

WAHHHH~ PASAL LALAT PUN ADA JUGAK ^^

suka arr ustaz ni!

Ina said...

bila masa cekgu bertukar menjadi lalat???...minum nesloo termasuk lalat ek??..he.he..anyway..thumbs up

bun said...

cite dan pengajaran

lalat pon tau mane bek mane buruk

manusia???

Anisa Hang Tuah said...

autobiografi seekor lalat.
waa..seperti karangan sekolah rendah
:D

soffea said...

wah. buat saya mengenali lebih dekat tentang lalat. smbung cepat2 please :)

hehe :)

NOOR FATIN said...

betol2. sekotor2 lalat, diorg lagi kotor. hehe

d_LA said...

aku dh mule memahami perasaan encek lalat..T___T

TiKa LEh said...

jadilah seperti lebah, jgn jdi seperti lalat..lalat tu dihntr untuk membri isyarat kpd mnusia yg mereka pengotor..kalo lalat dtg, tndenye kt kurg brsih..

Azie Azra said...

sekotor-kotor lalat,kotor lagi yang buat maksiat.kan!
cite lalat pun bole bg pengajaran :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved