- Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan tanda cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
- Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
- Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
- Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
- Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya,ramai pelajar dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
- Keenam, kena optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. kepala otak optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
- Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
hendak meletakkan ALLAH ditempat yang pertama dalam semua perkara bukan suatu perkara yang mudah...akan ada ujian dan gangguan dari mahkuk terkutuk dan durjana bernama syaitan..gangguan juga merupakan ujian..dan syaitan akan gunakan apa sahaja kelemahan dan kekurangan diri kita sebagai senjata meraka untuk melemahkan kita dan menghadang kita dari memikirkan tentang tips tips diatas..perlu diingat barangsiapa yang tidak diganggu syaitan sesungguhnya mereka seperti bersahabat dengan syaitan..kerana syaitan tidak akan mengganggu sahabatnya sendiri..
Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.
12 comments:
insyaallah
terima kasih atas perkongsian ilmu yg sangat berguna
suka baca n3 ni..terima kasih kerana mengingatkan kite semua..:)
bila ALLAH turunkan ujian terhad kita, sedarlah bahawa ALLAH amat menyayangi kita
InsyaAllah,sentiasa tetap dalam hati ujian itu dari Allah SWT dan kita perlu tabah menghadapinya
insyaallah..
akan lakukan sebaik mungkin..
tetibe aku teringat lagi,
masa aku banyak masalah dulu, ko laaa yang banyak beri kata2 lagu ni..
byknye tips
ps: ji aku ase makin lain blog ko ni
dan satu yg amai sedar, ujian Allah itu dtg dalam keadaan memang kita tak bersedia untuk hadapinya..
ji..
aku teringat masa mu oyak kito ni kno optimis..
hahaha.
haihh... yakin. yakin...
aku ase nak tmpal segala hadis ni dlm otak
bole x?
huhuhuhu
nice..
:)
:)
Post a Comment