pandangan luar biasa

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.
Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab : “Aku takutkan api neraka…”
 
Khalifah yang adil itu memujuk : “Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka..”
Namun, apakah jawapan budak itu? Katanya : “Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis….

Apabila rasa takutkan Allah  yang sentiasa memerhati sentiasa menjaga dan mengawasi berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang fikirkan tentang Allah, lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

note to myself..islahnafsi



bukan sekadar omongan kosong

13 comments:

Noraim said...

itu pandangan seorg kanak2. kanak2 pun tahu takut akn api neraka, kita yg dah besar lg perlu takut.


mudah mudahan dikurnaikan rasa takut melakukan dosa. aminn.

Rozuan Ismail said...

sedangkan si kecil takut akan neraka, inikan pula kita yg sudah besar panjang

kiera'sakura said...

terkesan aku..huhuhuhu T_T

syiela said...

kanak2 pun tau takut neraka.. insaf insaf

wanie_mn said...

tersentap baca entri ni

efa said...

kanak2 pun tau takut akan neraka inikan kita yg dah dewasa T__T

FariehanIbrahim [LBC] said...

sentap kot baca en3 cenggini. T_T

Mr feckry said...

ya Allah...berapa banyak amal kita yang mampu menghalang kita ke neraka

cimöt said...

sepatutnya kita yg dewasa lagi sedar..tp kanak2 itu lg laaa..malu pula dgn diri sendiri..

Hansyitake said...

kanak2 tu amalkan konsep fikir dan zikir... sedangkan kita yang tua nie.....

Cik Pulau said...

aku xlayak lagi ke syurgaMu ya Allah.. tapi aku lagi tak sanggup ke nerakaMu ya Allah.. =(

hazanis said...

jiji, insaf weh braso....amalan xbyk lagi....:(

Hanie Dew said...

semoga rasa takutkan-Mu tu tidak terhapus dari hati aku ya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved