selalu diuji


 
Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika bersama ALLAH..
 
Ingat lah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ujian. Diciptakan kita di atas dunia ini untuk diuji, untuk mengharungi ujian dan memilih antara kejayaan abadi atau kesenangan fantasi.
 
Terimalah hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Bahawa kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut, dan mesti diuji — kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
 
Dan bila kita perlukan seseorang sebagai tempat untuk kita mengadu segala apa yang terbuku di hati.
Dan bila tiba saat di mana tiada sesiapa pun yang mampu mendengar rintihan kita lagi,
Beringatlah Allah ada untuk kita. Allah adalah ATM (Allah tempat mengadu) yang paling berharga buat kita.

for da last one..

Every bad situation will have something positive. Even a dead clock shows correct time twice a day. Allah knows what is the best for you.

T.T




bukan sekadar omongan kosong

23 comments:

fRaMe+LenSeS said...

ujian itu kan tanda dia SAYANG. :)

if ang perlu tempat nak berchit chat aku ada bro. :D kongsi lah .:D

wanie mn said...

entri ni buat saya sebak. kBai! ;p

sesungguhnya, ujian yg Allah beri tu ikut kemampuan. dan setiap kesempitan tu pasti terselit kebahagiaan.

trima kasih ya Allah, thank you Allah, I <3 U ALLAH :)

azwa amani said...

Allah uji kita saat kita tak bersedia..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

terkesan....
Tuhan uji aku sungguh walau aku sendiri merasa sakit peritnya tapi tetap mahu bertahan untuk sebuah jalan yang benar.

Cik Pulau said...

yolo.. setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..
carilah huikmah tersembunyi di sebalik ujian itu..huhuhu.

Mutiara Bernilai said...

even a dead clock pun tunjukkan masa yang betul kan?

subhanallah, hikmah Allah itu besar.

[sutera kasih] said...

"Every bad situation will have something positive. Even a dead clock shows correct time twice a day. Allah knows what is the best for you."


suka :)

Liza Abu Bakar said...

moga kita tabah menghadapinya.

lieynanilaz said...

setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...

Sunah Sakura said...

adik jiji...akak sunah tak paham yang ni... "Even a dead clock shows correct time twice a day"

kiera'sakura said...

nasihat yg aku selalu nasihat kt diri aku sendiri..

aku pun x paham macam yg kak sunah tak paham tue.. blh ko terangkan?

Are_Rull said...

sgt terkesan di hati..
thanks bro..
sdg bersedih lg nih...
sakit perit ditanggung..

#Allah akan uji kita dgn ssuatu y kita sndiri dpt atasi..krn DIA shja tahu kemampuan diri kita#

H.J said...

T.T

Hansyirah Takezur said...

sayu.. moga kita menjadi hambaNya yang bersyukur... Amin...

Ainul Hayat said...

Entah kenapa aku betul2 tersentuh ngan entry ni. Mungkin kerana aku diantara yang sedang bertarung dengan ujian Allah.

Rozuan Ismail said...

ujian itu mematangkan diri dan buatkan kita lebih mengingati Dia

shera haifa said...

nice entry..

kita semua kene selalu diingatkan dgn smua nie sbb kdg2 kita lupa dan lalai..

Suhaili Sarif said...

T_______________T

Suhaili Sarif said...

literally memang meleleh air mata baca entry ni..
akak x kuat ji T__T

rozeeta rashid said...

Allah sentiasa ingat kita. walaupun kita selalu lupakan Dia.

akan cuba untuk harungi ujian sekarang. kau kuatkan lah hatiku ya Allah.

cimöt said...

suka laaaa phrase ni..

Iffah Afeefah said...

sayu

Obat Tradisional Gondok said...

NICE ARTIKEL.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved