tak perlu mencari yang sempurna

Ada sebuah kisah perumpamaan. Seorang guru memberi arahan mudah kepada bebudaknya ketika mereka sedang melalui sebuah lorong yang di sebelah kiri dan kanan lorong tersebut terdapat bunga-bunga sakura..eh silap.bunga bunga yang indah mekar mewangi.

begini arahan guru tersebut“Sepanjang perjalanan kita ini, petiklah sekuntum bunga yang paling cantik dan memuaskan hati korang. Apabila kita sampai di hujung nanti, korang dah  tak boleh berpatah balik.”


Maka bebudak tu pon berjalanlah melalui lorong tersebut. bebudak tersebut ternampak sekuntum bunga yang indah dan cantik, namun hati mereka ada yang berbisik,
“Di depan pasti ada yang lagi cantik.”

Lalu mereka terus berlalu. Beberapa bunga yang dilihatnya, tetap juga tidak dipetik.


“Bunga ni macam kureng sikit lahh...”


Berjalan dan terus berjalan, akhirnya tidak satupun bunga dipetik ketika sampai di hujung lorong sedangkan dia tidak dapat berpatah balik.


Gurunya lantas berpesan,
“Itulah ibaratnya jika mencari kesempurnaan pada makhluk.”


PAHAM TAK WEYH???

Takkan pernah ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tidak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tidak boleh mengharapkan kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahawa kita sudah sempurna, selamanya kita tidak akan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. 



bukan sekadar omongan kosong

6 comments:

Umi Anaan said...

saye faham..

Unknown said...

Kdg2 kita sedar ketidaksempurnaan itu,, tapi pasangan kita pula nak yg terbaik dari kita. Tak dpt terima hakikat dan mencari lain.......

Unknown said...

nk juga tu bunga sakura

#aku paham

qasehraihan said...

pe kes sebut sunah sakura tu..haha

Admin said...

macam kisah rumput (:

Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.

keet said...

Mustahil la nk jumpa yang sempurna sbb takda 1 benda pun yang sempurna kat dunia ni..sedangkan yang hampir sempurna pon sukar nak ditemui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved