kahwin sepupu


Soalan:
Apakah pandangan Islam mengenai perkahwinan sepupu sebelah ibu ataupun ayah? Adakah ia digalakkan?

Jawapan:
Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisa', ayat 23).

Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.

Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin mengembangkan sanak saudara, lebih baik berkahwin dengan orang luar yang bukan daripada kaum kerabat sendiri.

buat sepupu aku yang nak kawen sangat dengan sepupu aku sorang lagi..baca ni dowh..sapa kata kawen sepupu keturunan jadi cacat..cish..tu suma andaian karut marut je weyh..hapa kena kawin sepupu jadi cam tu..sesetengah tu siap kata anak bebal la apa la..mulut orang..takleh nak sekat..ko kawen dengan anak raja sekalipon..ada jugak yang mengata..

asal ko tau apa kehendak engko sudah..ikut syariat yang islam tetapkan..go on je la..aku selaku sepupu engko yang berwajah pan asia..menyokong tindakan engko..

p/s
dah setahun dah umur blog ni ye..hurm..tapi still minum susu gantung..urm2...



bukan sekadar omongan kosong

20 comments:

Unknown said...

mmg bole

cume pandai jage ati keluarga gak
takot pecah belah

ermm due tahun baru benti minum kan hahaha

Lea Isnawi said...

tapi tak berapa berkembang sgt la gene2 tu

ngeh3

Liyana Zahim said...

Oooo.. Tp ade org ckp kawen sepupu t ank2 jd kurang bijak.. Aku tatau teori apa ni..

Ujie Othman said...

bkn jd bebal dsbnya..cuma kalau ada penyakit keturunan, risiko kena kat anak tinggi. sbb kedua2 dari genetik yg sama.

SoLy SoLicious said...

ade jgk sepupu sepape mcm adik bradik dh... xde prasaan

bersama kak Es said...

mak n abah kak es kawan pupu ( tapi dah 2 3pupu rasanya )
anak2 alhamdulillah cantik n hensem belaka....keh keh keh

bersama kak Es said...

dah setahun... :D tahniah masih bersemangat berblogging ..

Niena Muhammad said...

mmg blh tpi rmai yg xbrp stuju..

ada satu soalan, erm... apa hukumnya menjadikan al-quran yg kecik, sebesar 3 jari kanan tu sebagai hiasan kt dlm kereta..tpi bca gak sekali sekala

tomatokering said...

bukan jodoh aku dengan sepupu aku kot .

Cik Pulau said...

jom kembangkan sedara mara dengan kawen dgn bukan sedara mara..

errkk...

setahun doh ko weh,,.
wahh3....tahniah.^^,

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ustaz jiji berwajah pan asia? hehe.
apapun tahniah untuk pasangan sepupu anda itu:0 happy to hear that! ok apa nikah spupu, mudah nk wat kira..kehkeh

Mat Gebu said...

Satu lagi sebab, takmo gherta lari pada orang luar, dok pusing keliling dalam lingkungan kerabat saja...itu gherta wang ringgat intan berlian lahh..kalau teko buruk, tak sapa kesahh..

Ainul Hayat said...

Aku nak kawen org luar. Nak kembangkan generasi...Kui3....

Mrs. Mazlan said...

am married my own cousin.
lantak la org nak cakap ape..
sbb telinga aku dah tuli dgr org mengata..
lalalaa~

possibility anak cacat ttp ade walaupun kawen dgn org luar kan?
possibility penyakit keturunan ttp ada walaupun kawen dgn org luar kan?
so what?

doa yg baik2 aje sudah.

K said...

tak salah pong

Eera Shera said...

tak ade hati kat sepupu..hehe

Kira Sakura said...

sepupu aku sume kecik2 lagi..hihihi

mama aku kata kene cukup 2 taun baru gemok dan sihat!!! hahahaha

Kira Sakura said...

sepupu aku sume kecik2 lagi..hihihi

mama aku kata kene cukup 2 taun baru gemok dan sihat!!! hahahaha

Paradise Gal said...

tahniah la da setahun. sepupu i yang ensem muke cam pan asia.. da kawen.:(

Anonymous said...

yang p/s tu tak paham.

untungla sepupu ko ada sepupu yang pan asia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved