dah hensem tapi takde kemaluan

'Hensemnya mamat ni!',kata Milah spontan sambil tersenyum-senyum melihat hero pujaannya hatinya kat tivi plasma 3D

'Untung aku kalau ada pakwe yg hensem macam dia',tambahnya.

'Ueii engko tau tak ?Orang-orang yg hensem ni selalunya takde kemaluan!',balas teman serumahnya,Timah yg sedikit jengkel dgn tingkahlaku Mila.

'Ha!Apa engko cakap ni??',terlopong Mila mendengar kata-kata sahabatnya.Dia terkejut dan pelik lagi ngeri.

'Iya,engko nak tau ke kenapa aku cakap macam tu?',Timah tersenyum kambing.Terasa geli hati melihat reaksi terkejut Mila.

'ni!kengko baca halaman 61',kata Timah sambil menghulurkan sebuah buku kecil kepada Mila.

'Eh,buku apa ni?Owh..buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Fathi Yakan rupanya.Halaman 61 ye?jap,aku bukak.engko suruh aku baca pasal malu ke Timah?'

Timah mengangguk sambil senyum.'Bacalah kuat-kuat,aku nak dengar'.

'...sifat malu pada hakikatnya ialah satu sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan suatu sifat yang buruk dan menghalangnya drpd mencuaikan hak orang lain..', Mila membaca dengan lantang.Dahinya berkerut.'Iya Timah,aku faham itu.Tapi apa kena mengena dengan hero tu?!'.

'Begini,apa yg kau baca tadi ialah pengertian malu.Malu itu menghalang kita drpd melakukan perkara yg salah.Malu juga menghalang kita drpd menceroboh hak orang lain.Bagi aku,melakukan perkara yang salah itu banyak.Perkara yang salah itu semestinya perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang atau sesebuah ketetapan.Sebagai contoh sekolah-sekolah mewajibkan murid-murid utk berpakaian kemas.Jadi,murid-murid akan berasa malu untuk berpakain selekeh dan kotor kerana itu satu kesalahan.'

Mila mengangguk-angguk tanda faham dan setuju.

Timah menyambung.'Malu juga menghalang kita drpd menceroboh hak orang lain.Setiap apa-apa yang berada di muka bumi ini ada hak mereka yang tersendiri.Binatang ada hak seperti hak utk hidup bebas,hak utk makan,hak utk mengawan dll.Manusia juga ada hak antaranya hak milik,hak utk makan,tempat tinggal,hak utk bergerak,hak utk berehat dan lain-lain.Tuhan juga ada hak-hakNya.Hak-hak Tuhan ialah utk disembah dan dipatuhi segala suruhanNya.

Jika seseorang itu ada perasaan malu,dia takkan mengkhianati dan menzalimi orang lain.Contohnya,dia takkan menngambil harta org lain,takkan memegang atau bemesraan dgn perempuan yg bukan isterinya,takkan menzalimi binatang,takkan membuang sampah merata-rata dan lain-lain.

Jadi,bila seseorang itu sudah mula melanggar peraturan-peraturan terutamanya peraturan yg ditetapkan oleh Allah seperti jangan mencuri,jangn berzina,jangan mengumpat serta dia juga menceroboh hak orang lain seperti bercumbu-cumbu dgn perempuan yg bukan isterinya,maka dia jelas tiada sifat malu.Maka dia...

'...tiada kemaluan!...',potong Mila pantas sambil tergelak-gelak.

'Ish!aku tak sempat abis lagi kau dah potong!Habis tu,jika dia tiada 'kemaluan',mengapa ada juga lelaki yang main perempuan?'

'Err...macamane ek?',Mila berhenti ketawa.Dia berfikir.'Entahlah.Kau rasa?'

'Kemaluan mereka bukan lagi berada di kelangkang mereka tapi di dahi mereka!Mereka malu untuk sujud kepada Allah.Kerana kemaluan mereka ada di dahi,mereka malu untuk bersolat.Malu untuk melihat al-Quran.Malu untuk pergi ke masjid dan oleh kerana kemaluan mereka berada di dahi,mereka tidak ragu-ragu dan segan untuk menjadi hamba nafsu syahawat!Dalam satu hadis,Nabi s.a.w bersabda yg mafhumnya;2 perkara utama yg menarik manusia masuk ke dalam syurga ialah taqwa dan akhlak yang mulia.Manakala 2 perkara ytama yg menjerumuskan manusia ke dalam lembah neraka pula ialah lidah dan kemaluannya(alat kelamin).'

'Jadi Milah,kau fikir-fikirlah,adakah kau akan bahagia kahwin  dan berteman dgn orang yg tiada 'kemaluan'.'

Malulah kita untuk membuat maksiat tetapi jangan sesekali kita malu untuk taat kepada Allah.Janganlah kita malu untuk menuntut ilmu dan jangan kita malu untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.Ingat!Jangan malu untuk mengejar redhaNya kerana balasannya satu,iaitu hidup bahagia dunia akhirat.


sumber:majalah sekolah gua



bukan sekadar omongan kosong

11 comments:

Ceiler Mun said...

aku ada lagi sifat malu itu.

Syakilla kebebeh said...

:) bagus entry ni..:)

Paradise Gal said...

tak sume org hensem macam tu lah.

Sunah Sakura said...

uiyoo...pening gak aku nak baca ni..

awat ko jeles lak ni???

Aini Azman said...

ooo.. mkanya ramai la manusia skunk yg tiada kemaluan,.huhu

Unknown said...

majalah skolah?

ko taip balik?

hebak

Unknown said...

huhu.penin2. kenmaluan di dahi

Cik Pulau said...

malu.. malu,... malu...huhuhu

ieza ashaari said...

majalah sekolah ko sangat berinfo.. :) tak macam sesetengah majalah sekolah yang aku baca..

terima kasih mengingatkan.. aku nak pelihara sifat malu yang ada.

hazanis said...

hensem giloss mamat atas tu...hahaha

kaAka said...

suka cara pengolahan cerita...pasti ad msj yg tsndri..=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved