isyarat cinta

jujurlah kepada Allah.. atas segala yang menimpa kamu… atas segala yang diperbuatkan oleh kamu.. dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali.. kerana Allah jua lah yang memberi segala perasaan itu..

jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar  Allah perbaiki diri kamu… dan berusaha lah untuk muhasabah diri..cari di mana kelalaian kamu selama ini… dan berusahalah memperbaiki diri.

jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan . hanya kerana takut akan murka, azab allah di ‘sana’ nanti..
serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu. insyaallah, Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbaik untuk kamu.

percayalah, Allah tidak pernah menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambanya ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…

Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ cinta dan kasih sayangnya untuk kamu kembali kepada nya… kembali tenang hanya jika bersamanya.
jika masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat redha Allah..  kerana kamu mengingati dia dan berniat hanya kerana dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?
InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah…




bukan sekadar omongan kosong

13 comments:

airazulaikha said...

Allah swt sayang kita lebih daripada sesiapa...

azwa amani said...

ji.. sedihnya amani baca entry ni.. jujurnya.. huhu :) thanks. percaya pada kerja Allah yg sangat misteri..x nampak, tapi sememangnya itu yg terbaik untuk kita :)

Unknown said...

bila kita happy, Ingat Allah. bila kita sedih, ingat Allah. kerana Allah sediakan perasaan itu untuk kita sentias meningati kebesaran-Nya

Unknown said...

Semuanya bahagia kerna Allah

laskar pelangi said...

setiap masa kena ingat Allah.tak kira susah senang, ataupun tengah sedih or gembira. tabahkan hati =)

Anonymous said...

hanya Dia yg maha tahu, biarlah Dia yg tntukan

Cik Pulau said...

aku manusia pelupa..
redha...
kade2 mulut oyak redha.. tapi hati..hurmmm

Ainul Hayat said...

Allah berikan ketikan kita perasaan for a reason.

Ainul Hayat said...

Allah berikan ketikan kita perasaan for a reason.

Kira Sakura said...

kerana Allah yg mencipta Dia tau apa yg terbaik untuk ciptaanNya....

najihah sahami said...

Allah selalu merindui hambaNya..tapi hambaNya merindui hambaNya yang lain...sedihnya....

Shiema Sufian said...

Allah sentiasa ada disisi kita, so buat yang disuruh tinggal yang dilarang (:

hazanis said...

tanpa ALLAH, siapalah kita nie...:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved