keperluan atau kewajipan

Kenapa ibadah terasa berat?
Bila Allah menyuruh kita untuk makan dan minum, apehal kita melakukan dengan senang hati?

Bila Allah perintah untuk berkahwin,apehal laju je kita menyambutnya?

Bila Allah memerintahkan untuk mencari harta , mengapa kita kerjakan dengan bersemangat ?

Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan..betol ke idakkk

Ketika Allah memerintahkan kita untuk solat, apehal sesenang kita tunda tunda?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk berpuasa, apehal berat pulak jadinya?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk membayar zakat, mengapa hati terasa berat?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk berjihad, mengapa kita merasa ketakutan?
Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu kewajipan..

Mengapa kita membeza-bezakan?
Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah?
Atau kerana kita hanya menuruti hawa nafsu kita?
 
Andai kita dapat menjadikan ibadah menjadi suatu keperluaan tentu semua akan terasa ringan. Akan hadir kerinduan untuk selalu melakukan kebaikan.ALLAH amat cinta dan kasihkan kita..apalah kiranya jika kita mencintai dan mengasihi ALLAH lebih dari segalanya yang ada
Sudahkan kita menjadikan ibadah menjadi keperluan, bukan hanya sebagai kewajipan..



bukan sekadar omongan kosong

18 comments:

iz said...

itula..
apa pun paksa diri mula2..
lama2 akan terasa nikmat dalam beribadah..
dari susah, payah..insyaallah..
ke arah cintakan ibadah..
=)

cik AngguR said...

BENDA YG BAEK MMG PAYAH NK BUAT ...ALAHAI ....HOPE LEY JADI LEBEY BAEK DR MASA KE MASA...

yana-feehily said...

moga Allah kekalkan nikmat iman dan islam dalam diri kita..amin

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

susah nak istiqamah.bila bersemangat nak solat awal waktu, rase cam mudah sgt.lame2 mls pulak, syaitan dok hasut.dugaan sungguh.moga Allah kurniakan kekuatan dan kemanisan dalam melakuka ibadat kepadaNya.amin..

Nurul Iman Rosman said...

memang kena paksa diri dulu,
tak lame insya Allah semua tu melekat.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

apabila iamenjadi keperluan, tak buat akan rasa kekosongan

azwa amani said...

semua itu keperluan bagi roh.. :).. nice post

My Life's Journey said...

salam pekenalan ... info yang berguna :). Penuh dengan keinsafan ..

SoLy SoLicious said...

belajarlah tuk redha

Liyana Zahim said...

Lumrah manusia.. Tp pelik nape org tanak solat lgsung ek..

aimie amalina said...

alhamdulillah :)
ada lag insan yg mengingatkan keperihalan KEPERLUAN utama manusia ni :)

yad'z said...

berdoa untuk menjadi yang lebih baik,... amin

halydahisham said...

terbaek :)

akoo pae said...

hmm..
knape3

Cik Pulau said...

bakpo eh.. setiap kali baca entri mu ji.. terkesan molep kat hati..
xleh banyak.. sikit jadi doh..

meme buleh muhasabah diri sungguh la baco entri mu leni..
^^,

blog-tips-kurus said...

ulasan Cik Pulau disokong.. :-)

*kalau family/kenalan kita sedang sakit, kita akan rasa > bersyukur & > rajin beribadah, kot...

**::CIKNUURUL::** said...

Insyallah,Alhamdulillah.tp adakalanya tersungkur..sebab nikmat dunia takkan pernah putus kecuali kiamat..nikmat tu jugak kudis sebenarnya kalau kita leka,.kene kuatkan semangat dan teguhkan iman ni,.:)

huu, dah dewasa ni terasa cm lain lak..TT

izfanora said...

kelihatan seperti 'pemberian' itu disambut baik; perkahwinan, mknanan, harta..

tetapi, 'memberi' itu satu kesukaran; solat, puasa, jihad..

mmg lumrahnya manusia. suka menerima dari memberi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved