adakah aku munafik??

Dan aku teringat kisah Hanzalah bertanya kepada Rasulullah,

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?”  Tanya Abu Bakar
“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”
“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”
“Aku telah menjadi munafik!”  Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saidina Abu Bakar terkejut.
“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”
Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.
Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”
Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”
Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,
“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim
  Adakah aku ini munafik?




bukan sekadar omongan kosong

20 comments:

Zul Fattah said...

ooo.. kiranya aku tak munafik la ni.. ?

Iffah Afeefah said...

aku pun tertanye2 aku ni munafik ke

Cik Pulau said...

aku munafik ko?

shera haifa said...

kalau hanya sebegitu mudah ramai yng munafik.. lagi2 xpnh jumpa Rasuluallah S.A.W. Masyallah...

ghost writer said...

aku?

terlalu jauh.malah untuk balancekan antaranya,sangat jauh.

azwa amani said...

ambillah dunia tapi jgn letak dihati.. :)

Rozuan Ismail said...

aku masih terfikir apakah aku pon seorang munafik? sentiasa lupa untuk mengucapkan zikir kepada-Nya

**::CIKNUURUL::** said...

ooo,.macam tu..

Sunah Sakura said...

ko buat aku terfikir...good entri..

KaK LimAh Si SupiR said...

munafik k kaklimah :(

diana said...

ramai rupanya yang munafik kalau macam tu..

akoo pae said...

huuhu this is nice bro.
=)

najihah sahami said...

maka aku?adalah munafik?nauzubillah...

yad'z said...

thinking..

# sedar diri sendiri tak balance kan antara amalan dan dunia... thanks untuk peringatan..

SyASyA SaNi said...

sbb tu aku ske bc blog ko..salu ade bnde ilmiah yg wat aku rpikir2 mcm ni

SyASyA SaNi said...

ko ade twitter?

Anis Adila Aris said...

persoalan terjawab...thanks :)

izfanora said...

buat aku fikir berkali-kali entry ni.. rasa gerun tiba-tiba..

minta jauh munafik itu dari aku dan saudara seagamaku yg lain..

izfanora said...

buat aku fikir berkali-kali entry ni.. rasa gerun tiba-tiba..

minta jauh munafik itu dari aku dan saudara seagamaku yg lain..

Paradise Gal said...

hanzalah tu bukan sahabat rasullah yang syahid mase hari pernikahan dia ke? hmm..

good entry anyways.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved