perasaan itu terlalu indah..jika


Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..


Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…


Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
.
Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
.
Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
.
Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
.
Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
.
Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
.

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu. insyaallah, Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbaik untuk kamu.

percayalah, Allah tidak pernah menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambanya ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…
 
Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ cinta dan kasih sayangnya untuk kamu kembali kepada nya… kembali tenang hanya jika bersamanya.






bukan sekadar omongan kosong

14 comments:

Iffah Afeefah said...

smua indah jika ALLAH didahulukan

tq jie

Amirah Adnan said...

syahdu bace entry ko ni :)

Pn. Sheila said...

terima kasih... mengingati itu lbh baik....

azwa amani said...

nice :)

kechixx said...

tersentuhnya baca entry mum;)tq;)

iz said...

sememangnya......

bukan sekadar omongan kosong =)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tq jiji...mmg kadang2 rasa perit.tp Allah bg akak rasa perit tu sbb dia nak akak hargai apa yg akak abikan agaknya

diana said...

sebenarnya nya semuanya indah cuma kita terlalu mengikut perasaan dan tak memandang dengan hati...maka lahirlah kebencian..

Cik Pulau said...

ji.. ma aku oyak...
tlis la byk lg kat blog ni pasal benda2 gni..
supaya aku sentiasa ingat n sentiasa muhasabah.
mekaseh ji..

hehehhe

.::TAIKO ::. said...

ji..nt ko dh wat sal tu ko link aku ea..
tq tau..hehe:)

bobiedanbad said...

very nice bro :)

KaK LimAh Si SupiR said...

indah ^_^

Faaein Talip Roy said...

semuanya kerana Allah..


*kalo cam tu.. leh lah ko kasik hadiah untuk aku skali.. hihihi.. ;P

aimie amalina said...

kembali kepada Dia..
indahnye kalau mampu jadi cm ni..
mest hidup tak kan rasa sakit walau telan duri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved