quran bermonolog

Satu masa dulu, Aku sering ditel’aah biarpun pada mulanya Aku sering diremehkan.

Bukan sahaja ditel’aah, tetapi diikat kemas ke hati sehinggakan setiap bait ayatKu ini diingati.

Maka, berbungalah hati yang menyimpannya kemas dalam hati dan ‘amal.

Moga mati tak akan sia-sia pada yang menampalKu ke tempat yang paling mulia.

Aku disampaikan oleh seorang insan mulia dan dengan itu Aku bangga kerana Aku bukan calang-calang ayat.

Aku dipertahankan dengan cukup hebat, bersama linangan air mata dan darah-darah mewangi si syuhada.

Dengan hanya membacaKu, bertambahlah akaun ke syurga, tapi tak semua insan sekarang memahami padahal Aku juga akan diizin berbicara bermonolog untuk membantu pada saat getir nanti.

Kenapa Aku tidak dihargai sehebat dan sekuat dulu? Padahal Aku dilindungi yang Maha Kuat, yang tiada setaraNya.

Yang sesuai dengan semua situasi dan masa tanpa wilayah-wilayah tertentu sahaja.

Aku tak faham mengapa, Aku sering dibaca namun difaham dan dipraktikkan kurang pada masa sekarang.

Ada juga sekadar menggunakan Aku untuk menguatkan hujah.

Moga kalian sedar akan hakikat Aku.

Moga kalian membuat sesuatu agar kembali mengenaliKu, kerana Aku Ayat-Ayat Istimewa dari Tuhanmu yang Satu.



bukan sekadar omongan kosong

7 comments:

Siti Safiyyah said...

teringat dulu.. ada banyak la status kat fesbuk and blogs tulis, "kita sanggup nak habiskan berjam2 dengan fesbuk/blog, tapi tidak dengan al-quran.."


siyes sentap masa tu. wuwuwu.


p/s: agak2 kat mana eh jual al-quran kaler2 camtu? comel lah. hihi

Unknown said...

Mmg quran jd phiasan je hurm

♥ Nana BamBam ♥ said...

kita kadang leka dengan dunia alam maya, hiburan, teman2...

tapi kita juga sering lupa tentang solat dan al-quran...

Soul Seeker said...

baca sehari semuka pun dah cukup. at least ada jgk pengisian dlm sehari.

Unknown said...

terharu..

alexayussida said...

ayat ayat cinta dari Dia..

Kira Sakura said...

ayat-ayat cinta terlalu banyak didalamnya... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved