Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!
DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.
bley tahan terkena atas batang idong jugak artikel ni..SHAHIRUL.com
15 comments:
sangat betul.setiap manusia ada kelemahannya.jauhi riak
Ni bebetol terkena btg hidung
wow. menikam!!
memang mengetuk hati betul nii
yeahh agree !! sape makan capati, dia yang ghase pedas nya =)
btudung labuh xsemestinya sempurna. mane de mnusia yg smpurna sbnarnye.
semua org kena beringat
tajam sungguh maksudnya...
betul tu.. stiap orangada kelebihan dan kelemahan.. pasal tu kita akan saling melengkapi bila saling nasihat menasihati.. sama2 muhasabah diri.. hehe
Sokong sgt3!
:))
:)
semoga kita dijauhkan dari sifat2 macam itu..tidak kira laki2 mahupun yang perempuan..amin
Suke giler bc. Aku bc entry ni 3x sbb aku penahfikirmacamtujugak tp xtau camne luahkan dlm bentuk penulisan yg sesuai mcm ko buat
A'ah pix studio*
manikam kolbu
Allah tak memandang seseorang melainkan nilai taqwa nya kan... :)
mekasih jiji
Post a Comment