kerinduan illahi


Ramai orang yang kuat bertahan ketika susah tapi berapa ramai yang hanyut bila diuji dengan dengan pelbagai ujian kesenangan..dan ujian ujian dari tuhan sememangnya datang sewaktu kita belum bersedia untuk menerimanya

“Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan mengatakan ‘kami telah beriman’ sedang kamu belum diuji?” [Al-Ankabut:2]

Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya

(HR Thabarani dari Abu Umamah)

Hidup ini adalah ujian. Tiada sesaat pun dalam hidup kita sebagai hamba tidak diuji. Semoga tabah hati tak berbelah bagi. 
Ya Allah, malunya kami kepadaMU. Dengan sekelumit ujian-Mu yang hadir, sudah terasa imanku goyah dan nipis sekulit bawang. Bagaimana Khabbab yang terbakar belakangnya itu? Bagaimana Sumayyah yang mati di hujung pedang? Ya Allah, ampunkan kehinaan diriku, kelemahan diriku. Berikan kami kekuatan. kami datang mencari-Mu, jangan biarkan kami tenggelam dalam perasaan kami…

owh seperkara lagi.. sifat Redha… sesuatu yang amat susah untuk kita miliki.

Ya Allah… kami mohon kepadaMu ya Allah… Jadikanlah kami hambamu yang redha pada ketentuanMu.
 



bukan sekadar omongan kosong

9 comments:

Iffah Afeefah said...

hidup sememangnya ujian
takkan ade nmenye kehidupan kalau tiada pasang surutnye

kaAka said...

ALLAH memberi ujian tanda DIA syg pada kita..namun,masih ramai yg tak sedar akan hakikat ini...

Liyana Zahim said...

:)

Suhaili Sarif said...

syukur jumpa entry mcm ni dikala diri mmg diuji
tp jauh disudut hati,2,3 entry jiji byk psl ujian..jiji ok tak?
sama2 kita harungi ya :)

cimöt said...

susah dan senang itulah ujian sebenarnya..itu yg ustaz gua slalu pesan..jgn dok susah baru nak ingat,senang pom kena ngat jgak..

Cik Pulau said...

ujian tu tarbiyah..
mulut oyak redha.. tapi hati????
hurmmm

azwa amani said...

betul tu ji,,redha dengan takdir tu memang payah, sering je hati amani ni mnegeluh. bertapa kurangnya sifat sabar dan redha dalam hati... Astagfirullah...mudah-mudahan ilmu sabar dan redha itu diperoleh.. :)

hazanis said...

hidup nie penuh nge ujian..hnya kekuatan hati yg mmpu menempuh ujian tu...tp aku xmmpu untuk mnghadapinya..:(

Noraim said...

bila diuji ingatlah bahawa Dia ada rancangan yg lebih baik dr sblm itu. jgn nggap ujian itu membebankan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved