rasa hati dari wanita kepada para wanita

kamu..
ya kamu..
tahukah?
begitu banyak yang ingin aku katakan padamu..
betapa begitu banyak yang aku tahu namun tak pernah aku sampaikan pada kamu.
betapa begitu banyak yang ingin aku tegur, namun tak pernah aku suarakan pada kamu.
begitu banyak perkara yang terlalu lama aku simpan. aku pendam. aku diamkan.

kamu..
ya kamu..
tahukah?
betapa kamu sangat indah dimataku.
betapa aku sangat mengagumi mu.
betapa aku sangat menyayangi mu.
 
namun tahukah kamu?
bila kamu mengupload gambar-gambar mu di facebook,
aku sedih,
sedih kerana tak mampu menghalang..
sedih kerana tak mampu melarang…
aku jadi cemburu..
bukan cemburu kerana tidak ada lelaki yang mengenaliku.
bukan cemburu kerana melihat bilangan like dan komen2 pada pose2 manja fotomu..
bukan..
bukan..
 
jangan salah anggap rasa sedihku.
jangan salah tafsir rasa cemburuku.
aku sedih melihat kamu begitu.
mempamer diri dikhalayak ramai.
memperlihatkan keindahan dan kecantikkanmu pada yang tak punya hak.
tahukah?
 
apa rasanya, melihat rakan-rakan mengupload gambar-gambar mereka di facebook?
betapa sangat menguris hati, melihat tingkah mereka.
betapa sangat ‘heart breaking’nya hanya diam dan tak mampu menegur mereka.
bukan tiada nota yang dishare menghurai panjang lebar tentang hukumnya,
bukan tiada status yang mengingatkan dan yang melarang.
namun segalanya bagai angin lalu…
sahabat,
mengapa begitu?
mengapa mengabaikan teguran?
mengapa tak mengendahkan peringatan?
mengapa tega, membuat tak endah?
mengapa sanggup menafikan rasa bersalah?

saya tahu,
sedikit sebanyak kamu terasa.
saya tahu,
sedikit sebanyak rasa bersalah, rasa berdosa,
itu pasti hadir dalam jiwamu,
pasti terselit dalam kalbumu.
pasti ada..
saya yakin,
hati kamu belum keras seperti batu.
belum tertutup rapat..
saya yakin,
dan saya harap, saya doakan suatu hari nanti,
kamu akan sedar…

p/s
aku yang teruna sejati ni pon rasa tersentuh hati aish..
tertarik dengan satu komentar dari wanita sendiri..
mereka menayangkan gambar gambar chumil mereka di facebook kerana ingin mensyukuri nikmat yang ALLAH beri kepada mereka..nikmat memiliki wajah chumil..jelita ayu dan sebagainya..


nikmat yang diberi jika tersalah guna ianya bukan lagi dikira sebagai mensyukuri tetapi terkadang kita akan mengingkarinya tanpa kita sedari..
 na'uzubillah..


beringatlah saudari saudariku sekalian..




bukan sekadar omongan kosong

14 comments:

cg4dis said...

kecantikan bukan untuk tatapan umum.
cukuplah menjadi penghias pada insan yang bakal menjadi pembimbing hidup kita dan anak-anak kelak. :)

chill!

Asyiqin Haulisah said...

terasa malu utk komen, kerana diri ini juga begitu. masih meletakkan gambar di facebook. InshaAllah saya cuba utk berubah kearah lebih baik. :)

SyASyA SaNi said...

aku belum cukop baek..aku sedar..aku sedar

pedas sungguh entry ni...

smoge aku cepat2 matang dan berubahlah -___-"

Aini Azman said...

malu sendiri aku ='(

Farhan Yusuf said...

hmmmmm
aku setuju bebenor entri nih
cik2 puan2 makcik2...boleh aja
nk upload pic bkn x boleh tapi
agak2 lerr...
hehehehe
ini mcm2 gayer yg haahahhaa

Unknown said...

Aku mencuba

dan trus mencuba

Faaein Talip Roy said...

peringatan..

Unknown said...

mendalam maksud ni..ramai anak gadis terasa kat luar sana..hehe

erysweetie said...

kalau dulu, yes aku akan terasa gila dengan entry ni. now, aku dah buang semuaaaa close up picta dalam fb lama..and dah deactivate.. n fb baru, no more close up picta..

thanx to my dearie zawjee =)

Nuruashia said...

tbe2 ase tersedak..adeh ='=

Elly Jade said...

masih berusaha jugak...

Unknown said...

fuhh sentap jap..

AnakPakZohar said...

nasihat yang baik........ time kasih pokcik meon... ^^

azwa amani said...

selagi mampu ditegur, tegurlah... :) good entry.amani juga terasa pedasnya.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved