siapa kamu..


Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
yang tiada pasti akan kewujudan mereka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut berbulu
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
Tanpa di isi dengan amalan hari esok.

jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan,
Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.
Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya...
RENUNGKANLAH...

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???


AllahuRabbi..





bukan sekadar omongan kosong

15 comments:

Nuruashia said...

hmmmm..sama sama kite renung huhuhu

aindzaya said...

sebagai renungan..tiada manusia yg sempurna...tika dia cuba cari kelemahan diri untuk berubah..pasti akan ada yg menghalang..tapi jgnlah berputus asa..ALLAH sentiasa ada disisimu =)

Apa petanda dia jodoh kita? ♥

Unknown said...

Entry yang menarik mengenai solat.
Terima kasih awak ")

kurus said...

thanx ... semoga jadi renungan kita bersama ..

Anonymous said...

reflect diri

Syazwan Che Deraman said...

gambar sapo tu boh?

Hafizin Jamil said...

sedap puisi abe ji

Kalamhati said...

Astaghfirullah..lekanya kita..
semoga kita jadi hamba yg tahu diuntung..

akoo said...

buat sndiri ke ni?bagusnye =)

Elly Jade said...

ji..................

siapa aku dihadapan tuhanku?
akak da tepuk dada sendiri

Cik Pulau said...

sukonya aku entri mu hok ni ji...
sungguh eh..
meme terbaik r..

Unknown said...

Erm sme2 renungi

airazulaikha said...

terima kasih atas perkongsian dan ingatan... :)
bagus nukilannya..

Unknown said...

renung2kan laa..

p/s ~ ada org tu dye kata bila kita dah niat yang kita nak smbhyg cepat @lambat kita sempurnakannya tak kisah.. Boleh ke macam tu?

azwa amani said...

semoga dapat jalankan tanggungjawab dengan baik.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved