AKU MASIH DARA

Gadis A : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”

Gadis B : menjeling….. “Wei, aku percayalah…”

Gadis A : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..

Gadis B : “Bodoh la kau ni..”

Gadis A : Biar, aku lebih suka dipanggil “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .

Gadis B : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”

Gadis A : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan. Tapi sorry, tidak bagi aku ok..

Gadis B : “Oo patut la kau belum ade boyfriend…”

Gadis A : “Couple…? Aku hanya mencari seorang yang ingin menjadi suami. suami yang boleh dijadikan kekasih, seseorang yang sanggup memperisteri diri ini.. yang diriku dia peduli..akhiratku dia jagai..yang kerna cintanya pada illahi..dia sanggup berusaha menghalalkan diri ini..dan biar kami bercinta,cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Gadis B : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”

Gadis A : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”

Gadis B : “Kolot, Kuno, tak pandai  bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”

Gadis A : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai  bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”

Gadis B : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”

Gadis A : “Hipokrit  itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”

Gadis B : Pura-pura suci la kau nih !”

Gadis A : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga?  Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka. Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok  sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh  ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”

Gadis B : grr… =.=”




bukan sekadar omongan kosong

16 comments:

Unknown said...

ncie entry :)

Raden said...

sape gadis A? hehe

Nurafizah Che Ap said...

nak jadi macam gadis A. :)

Unknown said...

nk jadi gadis a

tapi aku bukan gadis b

aku gadis c wakaka

Nadirah Izan said...

nice dialog. Moga jadi pengajaran buat semua :)

AzwanRamli said...

Nice one bro.......

Shiema Sufian said...

wowwww, very interesting. Shiema sukaaa (:

Hirdayu Rahmat said...

LIKE !

[wani_mn] said...

suka sama gadis A!! :D

Anonymous said...

gadis2 sekarnag kebanyakannya semua dah jadi macma gadis B.
:(

Unknown said...

susah nak cari gadis A skang ni ye

aamalinaazman said...

huuu
semoga diri ku spt gadis yg tegas ituuuuu

Cik Pulau said...

suko ni JI...

ieza ashaari said...

nice entry..

wanita yang cantik di mata semua.. :)

[sutera kasih] said...

jagalah diri...

Eera Shera said...

cinta hanya utk yg halal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved