Kenapa letakkan Allah SWT pada harga yang murah

Seorang kenalan, muslimah yang baru meletakkan hijab di atas kepalanya, telah membuka hijab pada hari perkahwinannya. Sedih, memang sedih dan terkejut dengan berita itu.
Kenapa eh?

Pakai tudung tak nampak cantik di atas pelamin?
Jadi tujuan walimatul urus adalah untuk mempertontonkan kecantikan itu kepada yang bukan muhrim?

Kenapa letakkan Allah SWT pada harga yang murah semata-mata nak nampak cantik dalam foto perkahwinan? Bukan nak merendahkan awak tapi memang terkejut.

Kenapa?
Sebab mak andam suruh?

Kenapa diturutkan kata mereka yang jahil itu. Hijab dan menutup aurat masih perlu dititikberatkan pada hari perkahwinan, masih menjadi wajib dan perlu mengikut syariat. Islam dan syariat tidak boleh direhatkan pada masa-masa tertentu.

Hanya dengan bisikan syaitan dan pujuk rayu, kau melemparkan hijab yang telah menutup maruah dan dirimu untuk sekian lama. Tidakkah kau rasa bogel, apabila diri itu dipertontonkan, apabila kecantikan dijunjung oleh orang selain suamimu.

Jadi, mana haknya sebagai suamimu apabila isteri menjadi bualan nafsu lelaki lain?

Apa makna mahar yang diberi dan ijab kabul yang dilafaz?

Tudung bukan hanya sekeping kain yang boleh diketepikan tetapi disebaliknya adalah tuntutan dari Yang Maha Esa. Bukankah tujuan hidup ini adalah untuk menyembah dan beribadat padaNya?
Nak jadi pengantin yang cantik tak perlu menayangkan aurat dan rambut. Kerana biarlah kau nampak hodoh di mata mereka tetapi secantik bidadari di mata suamimu.




bukan sekadar omongan kosong

18 comments:

Pn. Sheila@CC said...

erm.. terima kasih atas pandangan, bgs ps cuba membaiki kekurangan diri y ada...

SoLy SoLicious said...

ramai skg ni ostad... kemain lg berhijab..alik2 time naik pelamin nak bukak sana bukak sini...

semoga jadik pedoman bersama ^^

akubukanronaldo said...

btol2.. tudung tu perintah allah,.. jgn kita ingkar kepadaNya

Raden said...

ji..muhrim ke mahram? hehe...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

kan bertudung tu lebih cantik.. skarang ni dok tegur adik soh bertudung..

PENCONTENG said...

betul ostad. yang penting mendapatkan redha Ilahi.
Cantik itu subjektif. utamakan cantik pada pandangan Tuhan.

pada pandangan saya, dah tentu yg berhijab dengan sempurna itu paling cantik :)

mahu menulis entri lebih kurang sama dengan saya? silakan. menanti tulisan mu, ostad.

izuddinrahim said...

kesian kokre gini ji. xpehe gapo hok kno pehe.

Haris Khairuddin said...

bukan setakat bertudung je ji, tapi pakaian pon jangan sampai menampakkan bentuk badan. apa guna pakai baju kalau masih dapat nampak bentuk dengan jelas??

bukan menyekat hak wanita untuk bercantik waktu perkahwinan tapi kecantikan wanita terlampau berharga untuk diperlihatkan sesuka hati..

yana lyana said...

wow..laen macam perangai kawan ko tu..
semoga dia berubah utk berhijab dgn istiqamah..amin...

Diana @ bilakukatacinta said...

berhijab mungkin ada...menutup aurut mungkin belum lg..Same2 kita berdoa..agar dikekalkan iman ini

kiera'sakura said...

ye pokok pangkalnya pada hati sipengantin itu sendiri

Iffah Afeefah said...

mcm tu jugak inai berukir
kening dirias
makeup berlebihan
baju ketat n jarang
tudung kene bonggol segala

hurmmm

Feza said...

peringatan untuk diri sendiri. :)

misshannajr said...

ramai lupa diri masa kawen..yg penting cantik hehe..langgar semua hukum hakam

aimie amalina said...

hayoooo
pakai tudung
buat comei2 pon comei ape
huuuuu

shiema sufian said...

mintak djauhkan. suka ayat akhir tu

[hazwani_mn] said...

Ramai je yg btudung time kawen cantik jeee.. Amek cth isteri IM hassan, btudung labuh tp msh tserlah seri pengantin.

[sutera kasih] said...

semoga diri ini kuat dr godaan syaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved