its all about fashion.dah tu tang mana about relegion???

Assalamualaikum rakan rakan blogger ku sekalian. Aku masih lagi online dan dah lama pulak rasanya tak merapu merapan sebegini ghupe, sambil  menanti kan aku punya baju di ampaian kering dengan cepat hujan masih lagi mencurah curah.kalo tak memang naya la aku nak keje esok..singlet nye tak kering lagi..inner dressing pon satu habuk pon tarak ni..sumer nye masih lagi berjemur tak kering kering dek hujan masih la gi mencurah curah tanpa henti..
             
Okeh, bila bercakap soal pakaian ni kan, aku memang amat suka, sebab aku suka berfesyen, tambah tambah fesyen simple and sedap serta selesa di pakai. Tapi hari ni, aku tak nak cakap tentang fesyen aku. Aku nak kupas sikit tentang isu tudung wanita sekarang ni.
Secara jujurnya kan, aku mengaku, aku agak "bodoh" sikit bila berhadapan dengan fesyen fesyen tudung kat Malaysia ni. Serius aku tak tipu. Korang sebut lah kat aku nama apa apa pun, confirm aku akan termelongong  bila korang sebut.
            
 Okeh,ada perasan tak, makin banyak fesyen tudung yang muncul sekarang ni? Tu satu, dan lagi satu, korang perasan tak yang semakin maju dan banyak nya fesyen tudung baru ni, makin banyak gak la design yang terdedah "DADA" !! . ke korang buat buat tak perasan sebab nak mencuci mata? Ala.. aku pun LELAKI gak weh. Tau dah itu punya feeling !
Berbalik pada topik asal tadi, Ermm.. Apsal la diorang design camtu? Lilit kepala bukan main banyak lagi lilitan, sampai bungkus macam kuih ketayap, tapi bahagian DADA di biarkan tanpa lilitan ! Apa kes? Mana pihak berwajib?
            
 Try korang fikir balik, aku bukan mempunyai kepakaran dapam bab berfeseyen dan aku pon bukan baik sangat nak kasi kasi tegur. Tapi apa yang aku tau, aku ingat kan. Lagi pun kalau nak berdakwah, macam macam cara boleh kan? Lagi pun, agak berbahaya kalau tayang menayang ni. Serius... Aku tau la, aku LELAKI okeh ! So.. aku nak menasihatkan korang, jangan la dedahkan "Aset" korang pada sapa sapa ! Biar orang cakap ape pun, yang penting korang dinilai tinggi pada Allah ! Ada paham?..lagipon berfesyen tak salah..kalau kena settingnya..setting yang ditetapkan oleh ALLAH dan bukan oleh cetusan sesedap rasa fasionalis fasionalis yang tak tau berfesyen mengikut tuntutan agama..tak tau..bertanya pada ahli ahli yang mengetahui..bukan main redah je tokkkksss

p/s
anyway,fesyen laki skarang ape kurang nye...baju nk ketat cm saiz budak tadika...seluar..ya ampun..macam besa lengan jew...
ketat derrr..nampk bengkak berbonjol sana sini gak.
its all about fashion.dah tu tang mana about relegion???



bukan sekadar omongan kosong

11 comments:

laskar pelangi said...

insyaAllah akan berubah kepada yang lebih elok. terima kasih jiji sentiasa menasihati dan memperingati apa yang wajib dilakukan :))

Hansyirah Takezur said...

mereka berkata: dont judge book by its cover tapi masalahnya iman seorang islam itu terletak pada 3 perkara: hati, perbuatan & percakapan..

kalau kata beriman, kenapa masih berpakaian membuka aurat? perbuatan tak mnunjukkan yang sedemikian.

mohd041011 said...

Fesyen bonggol unta pun dah banyak sekarang.

[sutera kasih] said...

berusaha berubah yg lebih baik..thanks jiji atas tegurannya :)

Umi Anaan said...

sekarang macam dah jadi trend..pernah dulu dengar ada orang cakap, 'memang saje nak dedahkan aset'... haish, tak tau macam mana nak menegurnya...

azwa amani said...

x ske tengok laki pakai suar ketat tuu... tak macho langsung

SyASyA SaNi said...

terasa aku...insyaALLAH masih mencube memperbaiki diri :)

Iffah Afeefah said...

sme2 kene ingat ji

cimöt said...

tu diaaa luahan dari seorang lelaki..dulu luahan aku sebagai wanita..hihihi

wanie_mn said...

prasan tak majalah2 yg berunsurkan islamik, klu tunjuk model peraga pakaian pun tak tutup dada. fashion, mcm tu la kot.=='

kiera'sakura said...

itulah sebenarnya kena masing2 jaga tingkah laku sndiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved