jangan memandang dari sudut negatif je

shoot from my masta shifuu..klik gambar untuk ke web beliau
Dikala setiap musibah yang datang membuat diri berburuk sangka, lidah keluh bicara, merosak hati yang kaya iman. 
Tenanglah wahai saudaraku…
“Tidak ada satu bencana pun yang menimpa dibumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yg demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al Hadid :22)
Mari duduk sejenak. Renungkan hati dan jiwa sambil bertasbih memuji Kebesaran Allah SWT selama 10 minit atau 15 minit sambil  merenungi semua anugerah dan pemberianNYA. Betapa banyaknya nikmat-nikmat tersembunyi tanpa kita sedari, kerana kenikmatan-nikmat itu bersembunyi disebalik kejadian yang kadangkala membuatkan kita  hampir berputus asa.
Mengapa kita selalu melihat sesuatu kejadian itu dari sudut negatifnya sahaja?  
“Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengubah nikmat Allah dari kekufuran” (QS. Ibrahim: 28).
Ambilah seluruh nikmat-nikmat itu..
Terimalah dengan senang hati walaupun pahit sekalipun.
Dan pujilah Allah atas semuanya itu..
Kasih sayang Allah pasti datang meskipun terasa nun jauh disana. Ia akan tiba laksana kerdipan mata, jika waktunya sudah tiba. Kerana sesudah kesulitan itu ada kemudahan, setelah bercucuran airmata akan terbit senyuman, dan setelah malam pasti ada siang. Atas izin Allah awan kesedihan itu pun akan berubah menjadi awan yang cerah membiaskan pantulan langit kebahagiaan.
Allah adalah sebaik-baik pengatur. Hikmah pasti ada di hujung lorong ujian. Cuma, manusia selalu kurang sabar. Belum sampai ke hujung jalan, sudah berputus asa. Lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya?
 
p/s
warkah dari seorang teman...terima kaseh





bukan sekadar omongan kosong

6 comments:

izfanora said...

bila tiada kesedihan melanda, kadang kita lupa Yang Maha Kuasa.. itu hikmah terbesar di sebalik kesedihan..

ahmadnasaiemdnor said...

kita selalu merungut bila diduga. persoal segala duga itu. tapi bila senang tak pula persoal.

Diana @ bilakukatacinta said...

musibah yang datang..pasti akan lebih mendekatkan diri kita padaNya

[WANI_mn] said...

sentiasalah berbaik sangka pd-Nya. jgn mencari-Nya bila hiba, tapi carilah Dia sentiasa.

Iffah Afeefah said...

Erm bgus de temn mcm ni

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

warkah dari seorang teman yang sebenar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved