super saiya

Sabda Rasulullah, “akan ada di akhirat esok,segolongan manusia yang tinggi makamnya sehingga dicemburui oleh para ambiyat dan para syuhadah.”Lalu seorang Arab Badwi bangun bertanya, “khabarkan kepada kami sifat golongan itu supaya kami dapat mengenali mereka.” Lantas Rasulullah menjawab, “mereka adalah berlainan kaum(bangsa) tetapi duduk berkasih sayang kerana Allah. Mereka itu cahaya dan daripada mereka juga cahaya.”

“Mereka itu cahaya dan daripada mereka juga cahaya,faham?”

tak pernah tengok dragon ball ke..masa son goku jadi supersaiya tu..buka ke seluruh tubuh bada dia bercahaya..haa cenggitu la gamaknya..mereka begitu bercahaya di akhirat nanti..tapi..mereka tu sapa????


MEREKA ialah mereka yangn membina ukhwah  diasas dengan iman dan taqwa,tiada lagi jurang,tiada lagi rintangan.Semuanya kelihatan indah. Perbezaan bahasa dirai dan dimuliakan.Seperti Ansar apabila bertemu dengan Muhajirin.Betul mereka berbahasa arab tetapi kita perlu lebih teliti dalam mengkaji sejarah bahawa Muhajirin dan Ansar bertutur dalam dialek yang berlainan seperti loghat kedah dan loghat kelantan.Namun,apa yang berlaku?Mereka saling meraikan perbezaan di antara mereka.Lantas,berdasarkan hadis di atas,menjadikan mereka ‘Super Saiya’!

Biar kita orang kelantan,kamu orang key-el,dia orang perlis.Apa yang penting,kita semua mempunyai pegangan yang sama, mulut kita melafazkan kalimah yang sama,kita sujud pada kiblat yang satu,menyembah Tuhan yang Esa.Biarlah semua ini yang menjadi asas kepada ukhwah kita,bukan bola sepak,bukan negeri mahupun bangsa.Jika iman menjadi akar tunjangnya,pasti ukhwah yang terbentuk indah belaka.
Jadi,berkawanlah kerana Allah…
Supaya..
Kita menjadi…
SUPER SAIYA!!!



bukan sekadar omongan kosong

22 comments:

najwa's said...

wah, best! semoga kita menjadi super saiya di sana kelak.. amin~

Anum said...

insyaallah

Unknown said...

saian!!!

kechixx said...

seronok baca entry nie!;)

memey terbaik lah!;)

Nadirah Izan said...

simple tapi bermakna.. :)

[sutera kasih] said...

bestnya entri ni...
kita x serupa tp kita sujud di kiblat yg satu, menyembah Allah swt

Unknown said...

naiwaitu lillahi taala

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

dakwah maksud hidup!

najihah sahami said...

hehehe..sempoi...tp bermakna...0:

#thelagidanlagi said...

orang kedah x dak pun :P

Syazwan Che Deraman said...

tak leh ada semangat kenegerian!

kemah gambar bos!
pasni boleh doh bukak syarikat potografi!

ghost said...

harap akan ramai lagilah yang berusaha untuk menjadi 'super saiyan'.

CouLeur de Chiqu3 said...

cantik..and nice tone

Kalamhati said...

pesanan yg berguna..

**koho kemah keming gamba loni terrr..keno berguru nih..hehe

senyumSOYA said...

ustak tu ^^ bgos2..
ukhwah untuk jadi hamba DIO hok super saiya =)

Unknown said...

teringat cite tu

Kira Sakura said...

insyaAllah, mudah-mudahan

Zul fattah said...

yes.. that true ji..

Raden said...

da..sume da nk jd sgt goku super saiya.. fine

~Sal Ismail~ said...

geng sifu Im ni kan..hantu fotografi~ ;p

*berkwn kerana Allah..InsyaAllah~
zaman sekarang ni satu cabaran utk jumpa kwn yg boleh tegur kita utk kebaikan..~

adan said...

ingatkan super saiya goku tadi.. jom2.. jadi super saiya..

Anonymous said...

inshaAllah. super saiya dalam makna hakiki;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved