tatkala ALLAH menyayangi hambanya

Apabila Allah sayang kita, kita akan rasa bahagia, tenang, aman, dan tenteram. Seluruh hidup terasa penuh makna dan penuh cinta. Hati terasa begitu berkobar-kobar untuk beramal. Dunia terasa begitu luas untuk mereguk anugerah, kurniaan-Nya. Tidak ada apa yang kita risaukan selain untuk memenuhi panggilan Dia yang memberikan segala-galanya. Tidak ada apa yang kita takutkan melainkan kemurkaan-Nya.

Lalu Dia memberikan yang terbaik untuk kita. Dia menentukan yang paling baik untuk hidup kita. Dia mengaturkan jalan hidup terbaik untuk kita. Lalu dia mengangkat kita menjadi mulia di tengah-tengah manusia. Walaupun kita tidak meminta, namun Dia memenuhi hasrat dan keinginan yang kita pendam di sudut hati.

Namun, boleh jadi keadaan berbeza seketika, kadang-kadang. Apabila Allah sayang kita, diuji kita dengan rasa kesempitan dada, kepayahan dan penderitaan. Diberikan kita ujian yang paling berat yang tidak diberikan kepada orang lain. Kita selalu berasa keliru pada mulanya sebelum Dia memberikan jalan keluar dan petunjuk.

Manusia mencemuh, mencaci dan merendah-rendahkan kita hanya kerana kita membawa risalah-Nya. Bila kita meminta, tidak diberi-Nya serta-merta. Dibiarkan kita merintih sampai rasa penghambaan itu benar-benar lahir dan terasa manisnya. Benar janji Allah bahawa barangsiapa bertakwa, akan diberikan jalan keluar baginya. Namun, boleh jadi jalan keluar itu berliku-liku sebelum sampai kepada penyelesaian yang paling memuaskan.

Oleh itu, haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala apa yang kita inginkan tidak diberi-Nya? Atau apa yang kita hajatkan tidak ditunaikan-Nya?


Haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala hidup kita penuh kesengsaraan dan kepayahan?

Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami bahawa setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah. Pasti ada rahmat di sebalik ujian.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar: 53)

Persoalannya, kita selalu bertanya-tanya sama ada Allah sayang kita atau tidak, sebaliknya pernahkah kita risau sama ada kita betul-betul sayangkan Allah melebihi segala-galanya?



bukan sekadar omongan kosong

11 comments:

wanie_mn said...

terkesan di hati bila baca ayat yg last skali,

'Persoalannya, kita selalu bertanya-tanya sama ada Allah sayang kita atau tidak, sebaliknya pernahkah kita risau sama ada kita betul-betul sayangkan Allah melebihi segala-galanya?' .

Niza Romli said...

akan terus berdoa tanpa jemu dan berputus asa, Insyaallah.

Anum said...

terus berdoa

Sunah Sakura said...

berbahagialah dengan ujian Allah...

ghost said...

DIA lebih tahu dan memahami

Diana @ BKKC said...

sedang bertanya pd diri ini...

Fasihah Supian said...

Dimanakah DIA di hati kita...

Kira Sakura said...

berdoalah diuji dengan kepayahan sebab disebalik kepayahan kita pasti ingat Allah, tapi kalau kita diuji dengan kesenangan ingt kah kita pada Allah lg?

Nuruashia said...

hmmm betul tu pak ostad..huhuh..
slalu pk Allah xsyg diri ini tp kite sndri xsygkn Allah sepenuhnyee kn huhu

aindzaya said...

kadangkala hati selalu bertanya kerana stiap zat yg ada dalam diri sering mengingati kepada ALLAH..namun manusia ini lemah..kadang kala gidaan syaitan tak mampu ditepis sama sekali..


Inilah jawapan sebenarnya ain tak hupdate belog selama 2 minggu.(entry bergambar).

Unknown said...

kte terllu mghrp

sdgkn kite sndri xckop smpurna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved