"terlebih kuah dari sudu"..sedemikian rupalah pepatah yang aku rasa amat amat lah sangat bersesuaian tika musim mengawan yang sedang berlangsung rancak kini...mana taknya..aku selaku gambargrafer yang diupah dan digajikan untuk mengshoot moment moment perkahwinan mereka mereka yang melangsungkan perkahwinan kekadang terkedu dan terkelu jugak bila mendengar kesah kesah para pengantin...
ada pengantin yang nak ala kadar sahaja mengadakan majlis..tapi yang melebih lebihnya pulak..omak omak sedara..apak sedara..atok nenek..sampaikan ada beberapa pasangan tu terpaksa berhutang piutang keliling pinggang dek tekanan yang diberikan oleh pihak keluarga..satu cerita aku nak share eh..
ada satu pasangan tu..kemain dah berpakat..berapa mau dihabiskan untuk majlis perkahwinan deorang..deorang pon dah bercadang..nak wat majlis tu sekali je..kat umah sebelah pompuan..disebabkan kekangan kewangan dan perancangan mereka selepas kawen nanti..pasangan tu siap berpakat nak beli rumah sejurus selepas perkahwinan..tup tup..sekawan emak sedara nya pulak yang beria ia dok paksa pasangan tu buat majlis kat umah pihak lelaki jugak..akhirnya..hambik nak..pasangan tu terpaksa la berkorban duit yang nak buat beli rumah tu..dan siap terpaksa berhutang lagi tu hah..
gambar takder kaitan ngan entry okehh |
syahdu jugak bila mendengar kesah kesah para pasangan yang kawen kawen ni hah..kekadang tu ada pengantin yang menanges dalam ketawa..ada yang dipaksa paksa pakai baju yang tak kena dengan perancangan deorang..ada yang kena berinai satu tubuh badan..ada yang kena pakai bulu mata unta..sedangkan tu majlis perkahwinan deorang..biarlah deorang yang tentukan..dan yang paling penting..bersederhana itulah yang terbaik..yer tak..
18 comments:
Bersederhana tu penting. Seb bek time aku kawen hari tu family aku tak suruh lukis inai kat tangan....asben aku mmg da warning awal2 tak yah nak lukis2 inai x elok katenye. :)
bulu mata unta?hahaha!bru ak perasan bulu mata unta lentik, tebal dan pjg.
betol la tue slalunya pengantin nk yang simple tp org lain pulak yg tukar plan tue hurmm
hmmm
takut pulak nak kawen
bulu mata unta. hahaha.
perancangan pengantin nak buat 1 majlis tu memang bagus. dapat beli rumah dan tak berhutang. bila ahli keluarga tukar plan, memang sedih betoi. nanti aku pun nak buat 1 majlis je. harap sangat2 takda yang tukar plan
SIAN PENAGNTIN TU ~ TAK DAPAT JADI RAJA SEPENUH NYA HAHAHA
insyaallah
buat majlis kenduri doa selamat kat masjid pun lagi ok, Ji. nanti lepas kawen, duit balance leh beli PS3. :D
itula pasal. ramai sgt y over
cm family besar aku
sirih junjung tkde kepoh skampung
ceit
kesiann.. termasuk dalam salah satu dugaan..
MACAM AKAK KAWEN DULU LA..
ADA YANG SIBUK2 SURUH ITU INI..
TAPI SORRY BEBANYAK LA AKAK NAK IKUT CAKAP ORANG.TAMBAH PULAK AKAK NI DEGIL,..MEMANG TAK DE LA NAK IKUT GAYA MODEN DEPA TU..HAHAHH
eii..tanak la smpai berhutang2..asal sederhana sudeh, majlis tetap blgsung jgk kn..
yup...btol.. bersederhana lebih baik..
kita kena laa bertegas, jgn ikut sgt ckp org.. kita pikirkan kemampuan kita..
aku tak rasa nak wat wedding besar2an dan membazir mcm tu.. ala kadar sudah :)
aku bencikan penyibuk.dan itu yang telah berlaku pada aku satu masa dulu.dan untuk majlis final nanti aku mahu atur segalanya sendiri tanpa perlu penyibuk-penyibuk lain.yang mati berhutang aku,bukan mereka.biar saja aku guna cara aku asal saja tidak sampai berhutang atau berlebih.
sangat betul. aku baru je sebulan kawen n masih tak ok lagi ngan kakak aku. sume sbb dia sibuk nk suh aku pkai baju penuh manik, pkai bulu mata unta, sanggul unta dan lain2. dia ckp kawen sekali je seumur hidup. aku pertahan kan nk buat ape aku nk. penyudahnye semua aku buat sorg2 sbb kne boikot kate aku tanak dgr pendapat org. sakit gileeeeeeeeeeee lah!
a'ah kdg mak bapak nak yg besar2 jugak huuu ... xnak ikut kan kecik aty pulak ..
tak perlu nak membazir/berlebih².....
Post a Comment