HARD or soft

Assalamualaikum and gud monim eberi one..kellass kau jie..berspeaking diawal muqaddimah pembukaan entry..ekau hadooo????..dalam hidop ni..kita boleh dikatakan..memang memerlukan teguran..teguran tak kira dari sesiapa yang perasan akan perbuatan salah kita..kang orang tak tegur kang..berterusan jugak kesalahan kita sampai bawak ke mati..tapi untuk menegur sumone..kekadang ada cara dan taktik tersendiri..yer tak..

-kekadang tu ada orang tegur secara direct memang takder penapis habuk langsung
 biasanya yang menegur secara direct ni..ialah orang yang dah memang berpangkat dan berkedudukan lebih tinggi dari kita....cam contoh..abang kita..akak kita..atok kita..tokki kita..dan BOS kita..kekadang teknik ni agak berkesan kerana yang menegur tu dia punya power lagi besar lagi lagi apa yang ditegur tu memang benar dan amat benar..

-secara halus..indirect..ataupon secara sindiran..
teknik ni kekadang tak makan saman jugak..kekadang kemain lagi kita menegur..kemain punya sindir..bertapis memang tak hengat..yang ditegur tu boleh pulak buat blur..ceyt..cam contoh..ada member yang dah tak mandi seminggu bau memang tak hengat..si member tu pesen jiwa halussss..ditegur direct kang menangis..lalu tegur la secara berhemat dan penuh kesopanan..cam contoh..

"hari ni gua ada bau tenuk baru lepas bersauna dalam longkang la weh..seram sungguh baunye..entah dari mana pulak datangnye.."(sedangkan tenuk takde pon ditempat kejadian..

yang kena tegur tu leh pulak cool..dan esoknye..tak jugak dia mandi..maknanya..memang kena kasi tegur yang berdesup kena atas idong le tu..dah kasi yang soft soft punya dia tak layan..maka try hard hard la pulak eh.. 


tapi hard  hard pon..beringat ingat la..yang ditegur tu..tetap manusia even kita samakan dia dengan tenuk betina..manusia tetap punya hati dan perasaan..Kesimpulannya, sebagai manusia yang bertamadun, dan sebagai Muslim yang mukmin, berilah teguran pada orang lain dengan penuh hemah dan lemah-lembut. Kalau rasa tak berani atau tak tau macam mana nak tegur, mintak orang lain tolong tegurkan.

 



bukan sekadar omongan kosong

8 comments:

qasehraihan said...

wah..mcm nak copy je ni..hehe

Cik Beruang said...

kalau yg kita tegur indirect tu cepat faham takpe jugak, ni bebuat x faham or lgsg x faham. last2, kena jugak tegur direct

Mooniqueen said...

Betul tu... Kadang2 teguran ni bagus untuk kita perbaiki diri kita...mungkin kita tak perasan salah silap kita..terima nasihat n teguran dengan hati terbuka..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

tegur soft pun kekadang orang x makan saman gak..rasnaya klu laki paling kacak or gegurl paling comel tegur bru orang dengar kot

nini said...

sebab tu best kalo ada blog....sebab boleh guna blog sebagai tempat menegur...tapi tu pun kalo orang yang dimaksudkan paham...hahahha

Iffah Afeefah said...

kalau asik hard je

mmg hardla org nk trime

Iffah Afeefah said...

kalau asik hard je

mmg hardla org nk trime

Bella Bell said...

terima kasih sebab menegur aku :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved