syok sendiri

Kadang-kadang bila kita tolong kawan,kita ingat kita adalah kawan dunia dan akhirat,padahal dalam hati penuh rasa tidak puas hati.

Kadang-kadang bila kita bersabar dengan kerenah kawan,kita fikir kita lah yang paling banyak bersabar,padahal perangai kita dengan kawan-kawan lagi banyak.

Kadang-kadang bila kita mengajak kawan tunaikan solat,kita rasa kita lah pewaris nabi,padahal solat subuh kita pun tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita jaga hubungan dengan Allah,kita rasa kita sudah layak masuk syurga,padahal hubungan sesama manusia tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita tolong ibu bapa kita,kita rasa kita adalah anak soleh,padahal jaga ibu bapa itu adalah tanggungjawab asas seorang anak.

Kadang-kadang bila kita menjaga pandangan,kita rasa kita lah manusia yang paling suci,padahal dalam fikiran kita lebih dari perempuan bogel yang terimagine

Kadang-kadang bila kita study teruk-teruk dan jaga solat tapi result kita masih teruk,kita fikir Allah tidak tunaikan janji Nya,padahal kita hanya mengingati Nya ketika exam sahaja.

Kadang-kadang bila kita menulis artikel keagamaan,kita rasa kita sudah jalankan tanggungjawab berdakwah,padahal entah betul entah tidak artikel yang ditulis.

Kadang-kadang bila kita ikut program agama,kita rasa kita lah yang paling baik,padahal baru sekali dua kita ikut.

Kadang-kadang bila kita diuji,kita rasa kita lah manusia yang paling malang,padahal ada si fakir miskin yang makan 1 minggu sekali tetap bersyukur dan redha dengan Allah.

Kadang-kadang bila kita bersedeqah,kita rasa kita lah manusia yang paling dermawan,padahal kita hanya menderma RM1 dari biasiswa yang kita dapat.

Kadang-kadang bila kita baca al-quran,kita rasa kita sudah berhubung dengan Allah,padahal sepatah kalam tuhan pon tak cuba untuk kita fahami.

Kadang-kadang bila kita bangun qiamullail tatkala kawan yang lain sedang nyenyak tidur,kita fikir kita lah yang paling rapat dengan Allah,padahal baru sekali kita bangun qiamullail.

Kadang-kadang bila kita menangis ketika solat,kita fikir kita lah yang paling kusyuk,padahal tangisan kita itu telah pun melalaikan kita dari mengingati Allah.

Kadang-kadang bila kita berpuasa sunat Isnin-Khamis,kita rasa kita lah yang paling soleh,padahal kita tidak sedar kita ujub.
 
Kadang-kadang bila kita jaga solat berjemaah di Masjid,kita rasa kita sudah dijamin masuk syurga,padahal wudhu’ dan hukum-hakam tentang solat entah ke mana

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
{18 : 103-105}


bahaya jugak syok sendiri..erm.



bukan sekadar omongan kosong

12 comments:

Ety said...

manusia. lumrah nya mmg macam tu. semua nya nak kita je yg nmpak perfect,betul tapi hakikatnya tak :)

ghost writer said...

sentiasa lah kita merendah diri dan cuba dengan kesederhanaan hati.

RazFiRa said...

SO KESIMPULANNYA APA SAHAJA YG KITA BUAT KENALAH NIAT KEPADA ALLAH

Astaghfirullahalazim

Hanie Dew said...

hurrmm..ramai jgk yg golongan begini aku jumpa lagi lagi di FB, tak terkecuali aku ni jugak..jadi, thanks for the reminder and sama sama perbaiki diri. (^. ^)

ps: lawa pix.

Afasz said...

susah nk jd manusia yg sempurna. mesti ada cacat cela.

Afasz said...

salam singgah n follow blog akak....

jemput ke blog sy di afasz.blogspot.com

aniswany said...

kita semua masih byk kekurangan :')

Dang Intan Duka said...

hanya manusia biasa..
sentiasa melakukan kesalahan tp sentiasa jugak perbaikinya sedikit demi sedikit..



peace

Hafizin Jamil said...

terkadang aku..

Anum said...

insyaallah

Sunah Sakura said...

astaghfirullahal'azim...sama2 muhasabah...thanks ostadjiji

nuyu said...

aku la tu..huhu
aku mmg ske syok sdiri...
haih =.='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved