Ibadah jadi fitnah

Pisau sepatutnya digunakan untuk memotong sayur daging atau memotong apa apa je lah..tapi pisau jugak digunakan manusia untuk membunuh sesama manusia..pisau sebenarnya diguna untuk kebaikan tapi bila disalah gunakan ianya akan membawa kepada keburukan.begitu jugak jari telunjuk..ianya digunakan kebanyakan orang untuk mengorek idong tapi ia jugak boleh digunakan untuk mencucuk mata member yang mengintai kita sedang UK UK..kentut digunakan untuk melepaskan gas yang terpendam..tapi jika disalah gunakan ia boleh juga di halakanke atas muka member yang sedang menonton siaran bola sepak..

macam macam..perkara kebaikan jika disalah guna..dan tak reti nak guna..boleh menjadi keburukan..begitu jugak halnya akan ibadah..kalau tak pandai nak buat..takkena tempat ianya juga boleh membawa kepada fitnah..dan RASULULLAH pernah bersabda menyuruh kita mengelakkan diri darimelakukan perkara perkara yang boleh mengundang fitnah.

Sebagai contoh,abu(bukan nama sebenar) seorang yang alim,kemana je abu pergi dia akan memakai jubah hitam dan berserban hitam,ala-ala al-arqam.So,pada suatu hari,abu dengan berjubah hitam,berserban hitam dan berkulit hitam,melangkah kaki ke KL CENTRAL.Ya,bagaikan rusa masuk kampung,bukan abu tetapi orang sekelilingnya.Semua orang berbisik-bisik mengutuknya,kolot la,berlakon la,tunjuk alim la.Ya,itulah pakaian yang mendekati sunnah namun masyarakat hari ini berpendapat sesiapa yang memakai sedimikian adalah pengikut ajaran sesat mahupun orang jahat yang menyamar menjadi orang baik.Lihat,bagaimana pakaian abu yang mulia itu menjadi fitnah kepada dirinya sendiri.Tidak salah abu memakainya namun tidak digalakkan kerana ia menimbulkan fitnah pada Islam itu sendiri.


aku bukan nak halang korang daripada melakukan perkara-perkara sunat,tapi gunalah akal tu leklok..Bila boleh dan bila tidak boleh.Tapi ingat,tiada keistimewaan atau kekurangan yang boleh dilakukan dalam perkara wajib!



bukan sekadar omongan kosong

7 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

100% setuju

nurdani said...

persepsi negatif masyarakat hari ini. sedangkan pakai baju kurung, berselipar (aku la tu.heh heh) dekat tengah2 KL pun, banyak mata2 memandang.

Rozuan Ismail said...

setuju!!

salam ramadhan

Miss Yaty said...

ko nye contoh kt atas tu kan men lagi..haha..

thanks for remind. :)

Eera Shera said...

betul2. tmbh2 org suka pikir negatif je

ghost writer said...

lepas tuh plak jangan dibantai pakai yang boleh buat mata nak jeling sampai 1000x, lagi besar fitnahnya.

cimOt said...

begitu lah masyarakat harini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved