dah berapa lama dah blog korang bertapak

Rasulullah s.a.w. hidupnya 63 tahun sahaja, namun risalah yang dibawanya terus tersebar selama beratus tahun. Akhlak dan cara hidup baginda tidak pernah lapuk ditelan zaman. Sejarah hidup baginda sentiasa evergreen untuk dikaji, diteliti dan diambil pelajaran. Hanya 23 tahun yang diberikan kepada baginda untuk menyebarkan Islam, namun beratus tahun Islam hidup dan berkembang.

Imam Syafi’e (rahimahullah) hidup selama 50 tahun lebih sahaja, namun keluasan ilmunya masih begitu bermakna kepada dunia hari ini dan akan datang.

Mus’ab bin Umair r.a. telah membuktikan kesungguhannya berdakwah di Madinah hanya beberapa tahun, bahkan beliau syahid dalam usia yang begitu muda. Namun, asas yang telah dipancangnya menjadi nukleus kepada perkembangan tamadun Islam.

Hassan al-Banna (rahimahullah) cuma hidup 40 tahun lebih untuk mengasaskan sebuah gagasan yang membawa gelombang kebangkitan Islam, sebelum beliau syahid dibunuh musuh. Namun, kata-kata beliau masih menjadi rujukan para Da’i hari ini dan pemikiran beliau menjadi bahan kajian di seluruh dunia.

Salahuddin al-Ayyubi (rahimahullah) cuma hidup lebih kurang 55 tahun, namun kejayaannya membebaskan bumi Palestin tercatat sehingga kini dan menjadi inspirasi para pejuang Islam.

Begitu juga dengan Sultan Muhammad al-Fateh (rahimahullah)
, hidup beliau tidak sampai 50 tahun, namun kegemilangan yang telah diukir dalam pembebasan Konstantinopel akan terus menjadi sebutan.

Blog korang dah umur berapa dah weh..dah berapa banyak jasa yang korang telah sumbangkan..fikir fikirkan..aku pon turut berfikir jugak ni..Bagi kita, apakah sebenarnya yang kita kejar? Memanjangkan tempoh hayat atau memaksimumkan amal dan jasa?

Akhir kata..Ada orang yang masih hidup namun mematikan orang lain dengan kehidupannya. Ada orang yang telah mati namun masih menghidupkan orang lain



bukan sekadar omongan kosong

9 comments:

Unknown said...

memperbanyakkan amal..insyaAllah..


#awat tulisan mcm kecik je? o_O

nurdani said...

tulisan kecik sangat.

blog aku baru 2 tahun. harap2 ada la pengisian rohani dalam entri2 aku. heheh.

suka kata2 akhir tu.

qasehraihan said...

huhuhuhu..suka ayat ni

Ada orang yang masih hidup namun mematikan orang lain dengan kehidupannya. Ada orang yang telah mati namun masih menghidupkan orang lain

Cik Pulau said...

mu nk oyak kato kandungan atau isi wat kito tulis kat blog tu beri impak besar kepada orang lain walaupun kita xdop kat dunia dh nt.. huhuhu

Unknown said...

erm aku cube memahami entry ko

Unknown said...

terbaik entri ni..

liyana said...

ok faham

Mrs. Solarstreak said...

Salam.

Abe Jiji, InsyaAllah yuyu join iftar hari isnin nanti.

Camy Alya said...

aku suka yang last

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved