JIKA

Jika setiap dari kita
Melakukan satu kebaikan rawak setiap hari,
Masihkah wujud lagi kesusahan?

Jika setiap dari kita
menderma seringgit pada golongan susah,
Masihkah wujud lagi kemiskinan?

Jika setiap dari kita
mengamalkan sikap bertoleransi,
Masihkah wujud lagi peperangan?

Jika setiap dari kita
mengajar satu ilmu yang kita tahu,
Masihkah wujud lagi kejahilan?

Jika setiap dari kita
memberi peringatan sesama kita,
Masihkah wujud lagi kesilapan?

Jika setiap dari kita
sedar ajal tiba pada bila-bila masa,
Masihkah wujud lagi perbuatan dosa?
 
Tapi tu semua hanyalah JIKA..sama jugak macam KALAU..
nak jadi umat terbaik..bukan senang..dalam quran cakap..kena menyuruh kepada kebaikan..
cegah kemunkaran..beriman pada tuhan..bunyi macam senang..tapi hayati elok elok ayat tersebut dengan tenang..bgaimana nak suruh kepada kebaikan secara betolnya..nak cegah kemunkaran pulak bukan semudah yang disangka..lagi lagi nak beriman sepenuhnya pada tuhan..yang tu lagi lagi lagi la susah..tak caya renung diri..tanya hati



bukan sekadar omongan kosong

8 comments:

qasehraihan said...

sejuk ati baca puisi ostad..huhu

azwa amani said...

errmmm, InsyaAllah, walau payah kuteruskan juga. :)

ghost writer said...

terlalu banyak kalau yang buat kita masih macam begitu saja.

Iffah Afeefah said...

jika kite biarkan

nescaya kite y rugi

Cik Pulau said...

jika baca entri ni pun masih tak terkesan kat hati..
masihkah ada sinar keimanan di hatinya..

bersama kak Es said...

itu lah kannnn.. nak cakap tu senang. nak buat tu yang susah. Lagi susah bila nak istiqomah bila dah buat...

Moga Allah beri kekuatan dan tingkatkan keimanan/keyakinan kita untuk beramal

saydatul al aman said...

kalaulah....

Aku Mad said...

ustad terbaik .. selamat berpuasa ustad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved