kelas fotografi

lama sudah tak menjengah biji mata masuk ke laman sesawang blog senirik..disebabkan banyak sangat perkara yang lebih afdhal yang perlu dikerjakan..nak kata tak cukup masa..memang membohong sesangat la..masa sebenarnya bagi aku dah cukup sangat dah..sebab ALLAH bila DIA nak buat sesuatu DIA akan buat berdasarkan kemampuan makhluk ciptaannya..so bila DIA dah buat masa yang ada selama doploh hempat jam..maka sebenarnya masa tu dah cukup cukup sangat dah bagi kita selaku manusia..hamba dan jugak khalifah di muka dunia..

tapi yang penting tetap perlu diutamakan..blog ni bagi aku penting jugak..untuk bermuafakat sesama manusia..untuk meluahkan apa yang aku rasa..untuk bergeli geli..pas ni cik isteri la pulak tolong hapdetkan untuk abang yee..hehe..

insyaALLAH..jumaat ni aku kena mengajar kelas asas fotografi dekat USIM..sesambil shoot bebudak konvo..doa doakan lah aku eh..doa aku pon ada untuk korang..tapi aku memnag berdebor sesangat..sebab ni pestaim aku dimintak untuk buat kelas asas fotografi..dan aku tak yakin sangat pon aku boleh..lagipon aku fikir deorang dah ada lecturer untuk part fotografi..tapi hentahlah..aku pon tak paham jugak dengan bebudak unibersiti sekang..tapi tak salahkan deorang..bagi aku..benda yang memerlukan kemahiran ni..kalau setakat teori je power..memang tak cukup sangat sangat sebenarnya..nakkan kemahiran dalam sesuatu bidang..kena ada teori dan jugak praktikal..baru lah menjadik..tak gitu..

shoot wedding pon dah tak banyak sangat dah sekarang ni..maklom la..pengantin tau nak murah je..tapi gambar nak power..hahaha..pelik jugak aku pon..tapi tak kesah la..dah customer kan..sapa yang tak nak gambar cecantik..pasal ni aku merepek dilain hari jugak..aku nak buat tips tips untuk para pengantin..

nak tengok gegambar aku..nak donlot or whateva lah..leh gi kat sini..




bukan sekadar omongan kosong

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved