TREND

aku bukan anti trend. bukan aku tidak suka trend itu ini semua. aku lebih suka haluan kiri. tapi aku bukan menolak segala benda yang trend. Aku cuma tidak suka bila trend itu dijadikan ukuran bagi ketamadunan manusia. bila kau tak ikut trend, kau ketinggalan. aku sangat tak suka begitu.

Aku banyak mengutarakan mengenai trend disebabkan oleh ketidak fahaman aku terhadap sesuatu yang dijadikan trend itu. sebagai contoh, seseorang yang tidak minat mengambil gambar tiba-tiba membeli DSLR dan menggantung di leher kemana sahaja dia pergi semata-mata trend. Orang yang tidak minat apa-apa berkaitan membakar kek dan tiba-tiba menghasilkan kek cawan atas pengaruh trend. takut ketinggalan kononnya.

Aku menulis blog ini pon bukan kerana trend. Benda yang aku tulis di dalam blog ini ialah benda yang aku fikirkan sejak dari dulu lagi, namun tiada tempat untuk aku menulis. Jadi aku tulis disini. dan puas pula bila menulisnya dan menghiasnya dan bermacam2 lagi kepuasan.Dan penulisan aku pon bukanlah mengikut trend peredaran zaman.Apa yang aku rasa nak tulis aku tulis.Aapa yang aku rasa nak luahkan,aku luahkan.

kelmarin aku pergi shoot gambar ni.
Tetapi, tidakkah anda bosan jika semua yang anda lakukan, dilakukan oleh semua orang?  aku sukakan kelainan.



bukan sekadar omongan kosong

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved