Pantang larang


Tidak kira lah kau ni jurugambar profesional nak mampos ke. Jurugambar for fun..jurugambar cikai bilai macam aku ke. Atau kau tak pandai ambil gambar tapi sebab nak duit kau amik jugak job ke. Atau kau cuma pandai cakap besar pasal apa yang kau pernah buat pung pang pung pang tapi aku tak pernah tengok pon gambar kau ke.Atau kau seorang yang ambil gambar pakai handphone dan kau sangat suka ambil gambar muncung muncung ke.

Kiranya sesiapa ajayang pegang kameralah.

Pastinya semua yang disebut diatas mempunya pantang larang yang sama.

Iaitu disuruh buat itu dan ini oleh orang yang tiada kena mengena dengan majlis maupon tiada kena mengena dengan kamu...

Kalau orang yang diambil gambarnya yang suruh buat itu dan ini perkara biasa lah. Aku pon tak kisah

Tapi bila ada orang lain, maksudnya mungkin orang lalu lalang yang biasa. Tiba-tiba datang dan suruh kau buat macam yang dia nak. Perasaan dia sangat menjengkelkan dan mengeli gelimatkan. Tak selesa. Dan tiba-tiba dia jadi pengarah fotografi pula.

Bukan tidak hormat dengan cadangan orang lain. Kadang-kadang kalau idea baik aku ambil juga. Tapi bagi aku, kalau nak, buatlah sendiri. Bawak kamera sendiri. Ambil gambar. Senang.

Aku tak pernah kisah kalau aku pergi majlis kahwin orang lain dan nampak juragambarnya suruh pengantin buat benda mengarut. Tak pernah pulak aku nak pergi kat fotografer tu dan suruh dia buat macam yang aku nak.

Dah pengantin tu pilih dia. Pastilah ada sebabnya bukan?

Haih.

Sampai tahap aku terpaksa layankan. Sampai orang yang diambil gambar pon rasa jengkel.

Berat kan?


Lagi pening..bila dah terjunam dalam bidang ni..macam macam jenis customer dapat aku jumpa..dan itu lebih mematangkan pemikiran aku..kan pengalaman itu mematangkan..apapon aku suka dengan apa yang aku lakukan sekarang..










ni antara gambar gambar yang panas panas lagi dari kamera aku..pasangan pengantin yang cukup cukup happening dan sporting yang pernah aku jumpa..pas tu pulak..dalam keletihan pon...sanggup lagi nak berposing..nak tau pakej pakej untuk shoot wedding or any event..sila lah PM2 fesebuk abang yee..jangan memalu.. nak shoot luar dari kelantan pon aku totap pergi jua..



bukan sekadar omongan kosong

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved