fenomena model MUSLIMAH

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepad
a suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur 24:31)

kalau diperhatikan pada ayat diatas..ALLAH telah menyatakan pada RASULULLAH S.A.W supaya menyampai pada para perempuan yang BERIMAN supaya menyekat pandangan dari melihat yang haram(begitu juga untuk para lelaki)..dan peliharalah kehormatan mereka yakni bagi wanita yang beriman..

saudara saudari sekalian..status saya kali ini bukan niat untuk menghentam..atau mencengkam jiwa jiwa yang yang terbabit..tapi atas dasar kasih sayang sesama muslim..ingin saya menyuarakan sedikit peringatan untuk kita bersama agar kita tidak terlalai sehingga saat terakhir ditarik nyawa..dan sesungguhnya setiap peringatan tidak kira secara kasar lembut maupon secara tidak sedar..menunjukkan pada kita bahawa..DIA..tuan empunya dunia dan segala macam isinya masih lagi mengambil berat tentang diri kita selaku hambanya yang hina..

saudara saudariku yang aku sayangi..
sudah lama aku perhatikan dalam dunia fotografi..ada berlaku sedikit kepincangan dan kecelaruan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh..apa yang haram dan apa yang halal..malah ada yang sudah mengetahui tentang mana yang halal dan haram namun tetap jua tidak mengendahkannya..betapa sombong dan angkuhnya kita dengan suruhan dan larangan ALLAH..siapa kita untuk mengatakan ya pada yang haram???sedarlah..kita masih lagi diberi peluang bernafas dengan udara yang dikurniakan ALLAH..masih lagi diberi peluang menggunakan pancaindera kurniaanya..masih lagi diberi peluang untuk terus berpijak dibumi nyata..andaikata..sudah sampai masa kita mengakhiri nafas dalam keadaan kita berlaku angkuh dan sombong dengan larangan ALLAH..maka ianya merupakan kesudahan yang buruk bagi kita na'uzubillah..

Saudara saudariku..
setelah setahun aku mula berkecimpung dengan dunia fotografi..aku mengenal apa itu talent..apa itu model..apa itu macro..apa itu hdr..dan aku juga pernah seketika menjadi hamba yang lalai..keliru dan tergelincir dalam menetukan sesuatu untuka ku mula pelajari.tapi aku tersedar dengan peringatan peringatan yang diberi oleh para sahabat yang sudi.

saudara saudariku..
muslim tidak bererti mukmin..begitu juga muslimah..maka tidak bereti dia seorang mukminah..akan tetapi kita semua saling berusaha menuju kearah itu bukan??cuba menjadi seorang mukmin dan mukminah yang sejati..mengharapkan redha illahi..namun ada tikanya kita tergelincir dan dikala itu kita memerlkan tangan tangan untuk mengangkat kita kembali..

sahabatku..
lewat ini..sering ku dengari dan ada jugak ku intai intai..tentang rakaman gambar talent wanita yang dikatakan talent muslimah..alhamdulillah..muslimahnya sudah ada..namun iman dan ketaqwaan perlu dididik rapi..wahai saudaraku..bila mana engkau merakamkan gambar para wanita tersebut..sudah tercatit didalam buku amalanmu..sekelumit dosa melihat apa yang kamu tidak patut lihat..adakah kamu merakamkan gambar meraka tanpa memerhatikan setiap inci yang terdapat ditubuh mereka??sedarkah bahawa dengan melakukan perkara sedemikian..cukup untuk menunjukkan bahawa kita tidak endah dengan tuntutan ayat ayat tuhan dan juga hadis rasulnya..ASTAGHFIRULLAH.sedar atau tidak..ada dikalangan kaum kuffar yang melihat caption caption kamu yang tertera perkataan MUSLIMAH..sedikit sebanya memberikan gambaran pada mereka bahawa itulah MUSLIMAH..dalam tidak sedar..kita telah mencalarkan maruah MUSLIMAH SEBENAR dalam islam bukan???dan tak kurang jugak para kuffar yang tersenyum melihatnya kerana..kita telah terjerobos didalam perangkap mereka..

Buat para muslimah..jagalah kehormatanmu..jangan dibiarkan sewenang wenangnya segenap tubuhmu diratah oleh mata mata mereka yang merakam gambarmu..gambarmu jua tersebar merata dengan diiringi pelbagai pujian dan menjadi pujaan..dimana letaknya kehormatanmu wahai muslimah??kehormatan yang kononnya engkau sanjung dan engkau jagai setelah sekian lama..kehormatanmu begitu senang dirobek oleh mata mata yang menodai setiap genap inci tubuhmu..seorang muslimah tidak akan membiarkan dirinya di tenung oleh manusia yang tidak halal baginya..seorang muslimah tidak akan berhias berlebihan untuk dipertontonkan dikhalayak ramai..seorang muslimah tidak akan membiarkan dirinya menjadi tontonan setiap biji mata yang tidak halal untuk menonton kecantikannya..sedarlah.kecantikanmu begitu berharga duhai saudariku..berharga buat suamimu yang bakal memilikimu..berharga buatmu wahai muslimah yang dilahirkan sedia kala dalam keadaan islam..yang sentiasa mengucapkan lafaz ikrar syahadah didalam setiap solatmu..sedarkah kamu duhai saudariku???ISLAM TIDAK PERNAH MENGHARAMKAN MUSLIMAH UNTUK BERFESYEN.TAPI BIARLAH FESYEN ITU BERLANDASKAN SYARIAT..MENGIKUT QURAN DAN SUNNAH..TAK TAU..BERTANYA PADA AHLINYA..JANGAN BERFESYEN MEMBABI BUTA...

saudara saudariku yang amat kusayangi
disaat ada saudara seagama yang menegurmu..mungkin akan wujud secalit rasa tidak puas hati maupon rasa tidak senang..sedarlah..bahawa itu merupakan teguran dari ALLAH..yang masih lagi menyayangimu...namun aku sedih bila melihat sesetengah daripada saudara saudarku dan saudari saudariku..melenting sehinggakan merendahkan rendahkan hukum ALLAH..ada yang sanggup memerli pakaian sebenar seorang muslimah mengikut hukum syara'..sedarkah..perbuatan sedemikian..jika tanpa sengaja sekalipon boleh membawa kepada kerosakan iman dan ketaqwaan kita pada tuhan???atas dasar rasa kasih sayang..aku menulis warkah ini untuk kamu semua yang sudir membaca..

SAYANG KAMU KERANA ALLAH DAN AGAMA



bukan sekadar omongan kosong

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved