ceritera sebuah kehidupan part last dah ni..

(ini adalah entry sambungan daripada entry ini..bukan entry terlekat lekit ataupon  entry menggatal..sile bace dengan penuh kesopanan)

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat
khabar. Aku membacanya sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab aku
mempunyai mata kumpuan yang mampu
menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.
(aku pandai membaca ketika usia
aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan
lalat). Isi beritanya
memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah,
berita rogol, bunuh,
culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku
terpadam. Dalam
masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.
Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku
hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan
sadisnya oleh
manusia,kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian
lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat
terkena renjatan elektrik
pada perangkap ultra violet. Berita-berita yang
memualkan itu menyebabkan aku
segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada
selera untuk makan. Kalian
memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian
lebih hina sebenarnya.


Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi
aku?.
Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis?
Kenapa bila kalian
pening-pening dikatakan sebagai pening-pening
aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni
bangkai? Sedangkan tahi aku dan
kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi
maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang
dipipiskan lada' ?. Eh, itu
burung, engko jangan
nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti
burung. Terbang tinggi menyapu
awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah
Tuhan. Dengan sayap-sayap ini
aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku
cuma mampu hidup selama 40 hari
dan sekiranya aku melangkaui 40 hari
kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke
100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin
kalian
tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku
mampu hidup sehingga 100 hari
dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan
berisiko tinggi. Tidak seperti
kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya
dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,
aku masih dipandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi
semakin panas. Aku perlu mencari
tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran.
Bukan tempat yang terlalu
sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar
sekiranya aku dipanaskan balik
dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah
tempat yang berhawa dingin, sebuah
pejabat yang cantik. Aku masuk dengan
menumpang seseorang yang membuka
pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku
menjadi sedikit dingin terkena
hembusan pendingin hawa. Aku terpandang
sebuah komputer yang
terbuka dan seseorang sedang mangadapnya
dengan penuh konsentrasi. Aku
singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu
asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar
pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah Blog dengan nama nescafe+milo...terdapat
sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca
cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia
sedang berpura-pura berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya
membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya membaca sebuah cerita
tentang entah apa-apa..' bisik hati
kecil aku.

Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih
lagi membaca catatan tentang
seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang
ending cerita lalat.
Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.
Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh. 

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air
Nescafe tarik aku pada usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke
100 harinya. Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga
100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya
fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh
dunia dan menyerang manusia.



bukan sekadar omongan kosong

15 comments:

Anisa Hang Tuah said...

fikiran seperti lalat terbang yg hinggap dan lemas dalam nescafe.

setiap hari semakin dewasa.

woot woot said...

aku lemah betol bab2 puitis and sastera ni..hehe..


btw thumbs up for this.kalo aku mmg tak dapek la nak tulis bende2 camni..


maki orang aku pro..keh3 - -"

mr oh ! said...

ini best dan bermakne ! ^^

Fariehan Ibrahim said...

dlm makna nya tuuu~~

nice2! thumbs up! ^^,

Siti Fatimah Fuzz said...

anda kena tag...http://eimah2328.blogspot.com/2011/02/contest-kucing-paling-comelmiawww.html

--Failisa Maskuri- said...

i like..huhuuhu
tersurat dan tersirat maknanyer..
banyak gak pengajaran dari citer ni wlpun hanya seekor lalat yang bercerita...(^^,)



~~tahi lalat memg manis dipandang..kihkihkih

afifah said...

erk..lalat? takziah lalat... ;P

AnakPakZohar said...

eerrkkk... asal aku rase cam pening bace entry ko ari nie meon.. rase cam pusing2 kat galaksi kepala aku nieh.. hahahha..

A.s.t.i.n.a said...

Morale: dun judge a fly by its shit..

puteri ain said...

cerita yang membawa pelbagai makna yang bermakna..:)

Zue Sancer said...

http://onlymezue.blogspot.com/2011/02/lucky-giveaway-by-niniezane.html
anda di tag

aliarosli said...

maksud tersurat dan tersirat

Ina said...

ko ni mesti seorang yang berotak kanan kan..otak kiri cam aku ni..tak leh ar pikir nak buat benda ni sume...hu..hu..
http://inanazir.blogspot.com

kindergartenlibrary said...

wow ..entri yang bermkna ..]
=)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

entry yang bagus, bertauladan, nasihat!

kdgkala terfikir, kenapa kita yang pening, lalat dipersalahkan dan dipanggil "pening lalat"?? huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved