tahon baru...

assalamualaikum..
lepas je melantak sandwich berserta sebaldi neslo sebagai 
santapan dwaktu pagi nan permai..
baru aku teringat skunk ni ramai yang dok bagi ucapan..
salam ma'al hijrah...
selamat tahun baru hijrah..
dan macam2 lagi
bagos tol sape2 yang dok bagi ucapan tu..
tak kurang jugak ade yang wat entry pasal ni..
yer tak..
korunk tak rase nak wat entry pasal ni ke..
yerla
bese kan bile je tahon baru..
mesti ader yang berazam baru..
tapi macam laen pulak azam korunk tuk 
tahun hijri dan tahun masihi..
camne tu ek..
bagi yang ader azam tu..wat le entry pasal azam korunk
pas tu aku g bace entry korunk..
*pehal le ayat aku cam skema sangat pepagi ni*

bile jer sabut tahun baru hijri..
mestinye akan ader sambutan awal muharram..tak pon sambutan ma'al hijrah..
tapi sambutan ma'al hijrah takder plak se grand sambutan tahun baru masihi kan..
bajet pon cam ciput je..
yer tak...
padahal disebalik tarikh satu muharram tu..terpalit satu peristiwa agung tentang penghijrahan
nabi muhamad saw..
tapi berape ramai geng2 kite skang ni..
benar-benar menghayati falsafah dan sejarah disebalik peristiwa tersebut..
*ade cam ustaz tak*
 
aku teringat pade satu ketika dahulu..
aku dok layan live kat tv3..
live pasal sambutan ni la..
pas tu tengah2 dok live..
ade macam iklan gitu..
iklan pasal sambutan ma'al hijrah ni la..
iklan tu die tunjuk ade wartawan dok tanye bebudak yg dok melepak kat jalanan..
macam aku lepas balik keje je la.. 
wartawan tu tanye..
ape die hijrah..
soalan die punye la ciput..
tapi bebudak tu nak jawab macam le soalan tu suh wat karangan 16 mukesuratsetengah..
ader yang jawab..
"hijrah ni..nabi berpindah le bang"
yakin semacam je aku tengok budak tu..
wartawan tu tanye lagi
pindah dari mane ke mane..
muke slumber je budak tu jawab..
"dari mane lagi bang..
dari madinah ke palestin le..kat masjid nabawi tu "
aku terguling2 dok gelakkan budak tu..
tapi lam gelak2 tu memang kau pon rase terkilan le..
skang ni..brape ramai yang tau sebenar-benarnye sejarah agong tentang peristiwa hijrah 
nabi MUHAMAD saw bersama sahabat..
cube renung-renungkan..
fikir-fikirkan..
dan jangan lupe..
selamat beramal...
 

p/s:::ni ade teka teki baru sempena tahun baru hijriah ni..

ape beza antara tahun hijri dan tahun masihi...



doa akhir tahun..meh kite bacer ramai2 lepas asar

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
doa awal tahun..meh bace ramai lepas maghrib       
 
   
 Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejah
teraan ke atas mereka.



bukan sekadar omongan kosong

3 comments:

Ummu~Ishak said...

bezanya adalah :

1- ejaan = masihi VS hijri

2- bulan masihi sampai 31 hari, hijri takat 30 je

betul la, bajet utk tahun baru Islam ciput je, kalau tahun baru masihi sampai berjuta.
org Islam skang pun ramai yg tatau apa sebenar Maal Hijrah

Unknown said...

ummu..ader lagi perbezaan die..ramai tak tau yang satu ni...teka lagi..ehehe

Mag said...

ada contest best gila kat page gua...
mai la..

aku nk masuk tv-series!!!

http://magribmenjelma.blogspot.com/2010/12/contest-aku-nak-masuk-tv-series.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved