salahkah aku nak bertudung

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula meloloskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jer pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus ngange biji mate sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! sekali tersepok aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! sebijik lagi pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku tarok "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepit celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk! 
 
p/s
ini ialah rentetan kesah benar..
keputusan untuk kontest kutuk kitik blog aku dengan kutuk aku sekali 
malam esok ye...sile ambik perhatian dengan penuh pemerhatian..




bukan sekadar omongan kosong

33 comments:

azalia hjsalleh said...

speechless

therosputih said...

nape laki nak pakai tudung jugak ni....

~naddy~ said...

hahaha!~ gamak la hg buat citer pendek lagu nih, dah la watak utama nama bapak aku.aku gelak kuat gila kot..pandai plak hg ckp utara naa..:)

~naddy~ said...

hahaha!~ gamak la hg buat citer pendek lagu nih, dah la watak utama nama bapak aku.aku gelak kuat gila kot..pandai plak hg ckp utara naa..:)

amalinazlan said...

kisah benar ek. ade maksud tersirat di situ.

zee ong said...

hahhahahhahahah.
jadah apenya lelaki nak pakai tudung..
mmg patut daddy die kasi lempang..ngahhaha..




mcm penah bace je cite ni :P ngahah..

AdilaKaman said...

HAHAHAHHA..
suka sungguh buat entri hangit macam ni. :D

Dzu Aamal said...

seyes la JIJI nk pkai tdung ..
haha , kepala JIJI tu aurat ke?

:p

Noor Fatin said...

hahaha!! yg pmpuan pulak ramai yang xnak pakai tudung

Anonymous said...

mesti comel naa jiji pakai tudung. kehkeh.

Asni Misri ❤ said...

oh hencek jiji yu..kalau betol2 cerita tuh, apelah gamaknya roman hencek jiji yu pakai tudung :)

ctnurathirah said...

aigoo . kes pakai tudung pulak da..
ade2 je jiji ni.. haha :DD

Hanis MY said...

pengsan!

vampire's lovex said...

nak pakai tudung sgt,pakai la tudung saji. kompem bapak mu sazali tak marah. wakakaka

ika said...

kah kah kah . busuk sungguh ! x bole bla !

fi said...

KAN DAH KENA SEBIJIK! HAMBIK HANG!

Nobita Sensei said...

meh sini gua pulak nak pang.

Anisa Hang Tuah said...

lenkali ckp laa
"daddy,i nak pakai shawl.."
"daddy i nak pakai pashmina.."

okei
kompem tak kena pelempang

Azie Rashid said...

tolong laa jiji yu.lawak giler baca mende ni.hahaha.xrugi baca :D

niesz said...

cerita nie niesz pnh bc but x ingat kat entry sape..hehe..degil tul laki tu kan..gedik nk pkai tudung..

Lyeah said...

dah agak dah yang dia tu lelaki. hahaampess.

lady-D said...

ingatkan nk pakai tudung saji td..hehe

hamzah ian said...

laki pakai tudung? aik?

ch!natsu said...

wah2.. terbaekla.. =)

Yuyu Zulaikha said...

muahahah.. gelak terlompat lompat~


syukran ya habibi shodiq~.inna duaaka maa'ni :)

apdm said...

salam

1st baca tajuk

salahkah aku nak bertunang?

huhu


2nd baru nampak ooo bertudung...


teruk3....ada yang nak kena pelempang ni....

tengok bawah lu baru tau leh pakai tudung ke tak.hahahha...

Miss Yaty said...

haha..miss yaty dah penah baca cite ni..memang harem betul..ingtkan betul2 perempuan...hihi

p/s: Tak sabar nak tahu sape pemenang yang kuat kritik tu..hihi ;)

Miss Yaty said...

jiji tak jumpa tempat follow blog yaty ke? blog yaty berat sgt kot...sowey ye..

Unknown said...

azalia:
sampai takleh nak cakap dah bahaye tol entry ni

the rosputih:
hentah le tu seb bek die tak mntak shawl

naddy:
ye ke name bapak ko..aku tak terbabit weyy..heheh

amalina:
maksud tersirat mmg banyak..cube bagi satu..hehe

zee:
aku bace 2 3 kali dah cite ni..tetap aku rase bengong..

dylli:
hentah sape la tuan blog ni..suke tol menghangitkan entry

cik ladis:
sebenarnye aku dah ambik gambor aku pakai shawl..tapi tak ingat nak trim janggot..ehhe

noorfatin:
mueheh betol2..

ika md ros
mueheh vogue gitu..

ceritera asni:
hehe dah mesti aku vogue..

ctnurathirah:
mueheh he ntah le ade2 je jiji ni..hempok je die tu..

hanis:
yakk jange pesey weh..tok dea nk jupo kelatea..

vampire:
heh tudung saji tu takot nnti terlondeyh

ika:
busuk kan si AZA..eheh

cik fyza:
bukan sebijik jer..mau 2 3 bijik dah kena..

anisa:
eheh aku rase ngn daddy pon nak jgk..

azie:
meh nak tolong..ehehe

niesz:
muahah siap wat luahan hati lagi mamat tu

lyeah:
ahah lyeah salu je singgah sini sampaikan mmg dah agak dah kesudahan cite aku camne..eheh

d_la:
muehhe londeyh la tudung saji gak

hamzah:
mueheh paham ke tak ni..

chinatsu:
kombang idong den..

yuyu:
waa leh cakap arab le yuyu..teruje aku..ni rase nak wat kekaseh gelap ni

sissyira:
ehhehe cite brtunang len kali

miss yaty:
hahah nak tau tggu malam esok ek..dah follow dah..salu2 le hapdet..senang nak g melepak kat blog ganung..

Hanys Najib said...

LOL!
aduh..tak tahu nak komen apa..
selain ketawa dan tepuk dahi di akhir entri..

*ni bukan ke dah komen?lg mau kata tak tau nak komen apa.ceh!haha*

eZmALiZa said...

hahahha....cer try pakai tudung...nak tengok jugak!! :))))))

mie said...

uihh!!
no komen...
ehehee

AnakPakZohar said...

ohoiiii... bukan kau ke ghazali a.k.a aza tuh..?? toksah berselindung arr... aku memahami... hek3x...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved