surat cinta pertame

rase cam ngantok je..tapi orang cakap kalo salu membute lepas asar..
silap aribulan leh meroyan..tapi jangan bimbang sangat le seb aaribulan tak enah2nye silap..
yang silap nye kite je tu pon sebab tak ingat..intro ala2 tazkirah..
dah taknak membute..aku pon mule la membelek belek majalah dara..
maskulin..aku tipu okeh..
ni surat cinta aku yang mule2..kire cinta berukbeng le ni..


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
aku ambik dalam buku ujang taon berape hentah..sesaje nak kongsi ngan korang...



bukan sekadar omongan kosong

15 comments:

AnakPakZohar said...

hehehe... suke lah... pos kat aku sekali buah tu nanti.. aku nak frame kat rumah... :)...

Eliza Sulaiman said...

hahahaha !!

apakah ini !!!

gggrrr~

=.="

apdm said...

salam

ingatkan untuk kita tadi =)

Anonymous said...

perghh!!! kejiwangan tuuuuu...!

Rara Farah said...

keh2..aku tak bace..kepala aku dah ting tong nie layan pesbuk....

Tuan Cimot said...

kena baca byk kali ni bru fhm..berbunga bunga brdaun daun semua..hoho

Hanis MY said...

lamo doh tok baco majalah ujey... timo kasih kossi...

A.s.t.i.n.a said...

hahahha ayooooo... fantasi ini mencabar minda... membuatku tersenyum mngilai2 di hujung sedu... tiba2 gigiku patah lantas tertelan dek dia yang sedang menonton tv...

dia berkata... jagungkah?

A.s.t.i.n.a said...

http://astinadly.blogspot.com/2011/01/dari-warkah-jiji.html


Sila2 Jiji, saya guna sedikit ilmu di sini k....

Unknown said...

uad'z
ko nak ke buah tu senah..kang patah gigi

cik eliza:
eheh tak paham ke eliza oit..eheh

sisyira:
nak ker..eheh

zoey:
mmg aku jiwang sikit hari ni..

raja farah:
aku dah agak dah..ehhe

tika leh:
aku senirik pon tak bace..ahaha..

hadiz my:
ado link ambo letok suh donlot silo la

astina:
mueheh ambik2...tak jadi masalah pon

Unknown said...

adui..ayat dia...kene baca slow2

niesz said...

hahaha..mcm nk tggu pisang berbuah 2 kali je..tp skang nk tgk pisang berbuah sekali pon susah..ekeke..

updated entry: free2 kena maki ngan jpj

~naddy~ said...

lama aku xdgr perkataan 'makgat basikal'. puas gelak aku ari ni

Tuan Din said...

Ingat boleh baca sambil lalu.. last2 kena ulang baca...

Anis Akhir said...

surat cinta yg unik...
jiwang tahap 4 flat ni...hehe
anyway, creative idea..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved