pakaian pupus

1. Kain Tungkek
Kain ni amat berlainan dengan kain songket kerana corak pada kain ini terlalu menjurus kepada simbol-simbol kesampahan dan kejijikan. Corak yang selalu disulamkan oleh perekacipta kain ini adalah seperti corak ulat-ulatan sampah-sarap, bangkai ayam, najis idong, cecair yang keluar dari mulut kambing dan simbol-simbol setan. Disebabkan corak-corak tersebutlah kain ini akan mengeluarkan bau-bauan yang sangat bangsat serta durjana baunya. Bau tersebut dikenali sebagai bau tungkek. Bertepatan dengan namanya kain tungkek, kain ini pupus disebabkan oleh jangkitan tungkek yang melanda pada pemakainya. Yang pasti bau sampah-sarap yang melanda adalah sabab-musabab ketungketan kain ini.

2. Baju Kekerusi
Seperti Baju Kemeja yang menjadi gaya hidup ofis pada masa kini, baju kekerusi pula adalah uniform rasmi atlit angkat berat Papua New Guinea. Baju ini direka khas untuk melatih bahu peserta angkat berat supaya tangan mereka lebih berstamina dan lebih bertokol tokol serta berketo ketol. Baju ini akan disulamkan dengan kaki kerusi di bahagian tangannya, tempat sandar di bahagian bahunya dan tempat duduk dibahagian perut. Namun fesyen ini membawa masalah kerana setiap kali dimana mereka berada, orang ramai pasti menyangka mereka adalah kerusi otomatik yang berjalan-jalan. Orang ramai akan megejar meraka untuk dibuat alas punggung ketika orang ramai berehat di taman. Kepupusan baju ini adalah disebabkan ramai atlit angkat berat tersebut mati kerana diduduki oleh para juri angkat berat.

3. Baju T-Shit
Baju T-Shit adalah modus operandi kepada baju t-shirt yang ada pada hari ini. Baju t-shit selalunya digunakan pada majlis keramaian seperti majlis kahwin-kahwin, majlis penyampaian hadiah dan majlis daerah ulu klang. Pemakai baju ini akan merasakan diri mereka tersangat riak tahap mentibang kerana bau-bauan yang hadir dari baju tersebut. Ini kerana semasa pemakai melalui di celah-celah orang ramai, orang ramai akan memberi laluan kepadanya dan menunduk sambil menutup hidung. Pada sangkaan si pemakai bahawasanya orang ramai sangat hormat padanya kerana pakaiannya. Padahal orang ramai menahan daripada nak muntah kerana bau taik yang amat dasyat tahap maharaja. Kepupusan baju ini adalah kerana sabun telah tercipta untuk mencuci pakaian jiran-jiran dan rukun tetangga
 
4. Spender Jeans
Kalau seluar jeans sudah ketat ya amat, apatah pula dengan spender jeans. Spender ini amat ketat-seketatnya sehingga tiada ruang untuk angin masuk. Spender ini tidak sesuai untuk lelaki dan perempuan tetapi ia hanya direkacipta dan sangat sesuai untuk superman sahaja. Tujuan superman memakai spender ini adalah kerana ia boleh menekan perut dan menekan di celah kangkang. Oleh itu semasa superman terbang, takdela nampak sangat 'adiknya' melanjut. Spender jeans ini sangat mahal harganya. Sebab itulah superman pakai spender kat luar sebab nak tunjuk spender dia tu mahal. Namun sudah ada superhero yang mampu memakai spender seperti superman tersebut iaitu spederman. Kepupusan spender ini adalah disebabkan...mana ada superman kat dunia ni, karut suma tu.




bukan sekadar omongan kosong

18 comments:

MAKCEK bukan NENEK said...

hakhak sengal la jiji .
kalao ada pakaian camnih aku cam nak beli .

*dah penah baca kat mana ntah . hehek tapi ulasan hang best . ^^

NOOR FATIN said...

hhahaha t-shit. alahai, kat mana ek nak cari baju2 ni? haha

starsyeea said...

haha...ko neh...ade2 je la...:p

Afikah Aziz said...

ahaks....pndai je wat lawak,jiji suke pki baju kekerusi lalala~~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Dalam banyak2 senarai di atas, only famliar to t-shirt;) yg lain bru tahu..!

echah mashuri said...

cehhh..spender jeans tuh xmenahan!hahah

ayie said...

hahaha..pakaian pupus la sangat..hehe

ika said...

baju kekerusi!hahahahah. :P

ika said...

haha . sengal sungguh !

Ummu~Ishak said...

syukran jiji =)

asybedazzle said...

spender jeans, adakah? haha

nuzul said...

kain tungkek? adoiiiiiiiii...;)

http://www.nuzul-honeybee.blogspot.com/

LiLohOnEy said...

haha spender jeanss :p

za petrelli said...

hahahhah.. ngek la. golek2 kucing ak gelak

E.d.Y said...

haha..dem..sengal la ko ni..buat gelak petang2 hari ni

Hanis MY said...

aduhh pesey kawey jolo ko baju ni pupus? macey tok wujud jah...

Amira Naddia said...

aku suke spenderman..die ketul2
aku rase nk picit2

yad'z said...

baju2 gini selalunye fesyen designer yang masuk pertandingan yang buat an...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved