resepi ayam goreng berempah

Resepi kita hari nie ialah
AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA(dah macam bno gmat gebu dah blog aku ni)

Bahan-bahan nya ialah:
-sudah tentu ayam takkan unta pulak
-minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?)
-kicap jalen(hah yg nie memang ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
-lagi korang tanya lah kat mak k0rang

Ok cara-caranya plak;
Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yang dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.Kalau tok imam sibuk ajk masjid pun boleh juga dan bukannya Ah Chong yg buka kedai repair basikal belakang rumah anda.

Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yangg betul untuk mengelakkan orang di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda cramp

Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.

Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.

Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.

Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.

Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.

Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bil-bila.




bukan sekadar omongan kosong

4 comments:

AnakPakZohar said...

pergghh.. resepi yang buat aku rase nak baling ko dengan kapak meon.. hehehe... nak tukar telor ayam dengan telor ostrich atau bahasa jawanye burung unta.. boleyy ka meon?

Hanis MY said...

hahaha masok go lain jadi go lain pecoh usus kawe baco...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

fifiey dh pandai buat ni, bonda dh pernah ajar:) btw, toce2 resepi lain pulak deh nanti!

Ainul Hayat said...

Ape punye sengal ko nih?? Aku rasa nak lepuk2 je kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved