kerana kau

sejak kau dilahirkan..sejak kau dikenalkan..
aku bagai terpukau dek keindahan bunga bahasamu..
helaian berwarna dirimu membuatkan aku terleka..lupa..
lupa tentang soalan test lesen kereta..
lupa tentang kejelekan perangai sesetengah insan..
lupa tentang cinta yang dibiarkan...
terkadang aku lupa bayar neslo yang diteguk tanpa sengaja..

kehadiranmu seakan memberi sinar dalam siang..
seakan dilempar selimut dalam kedinginan..
seakan dibelanja sirap ketika kehausan..
seakan dapat makan semeja dengan pengantin..
seakan berhari raya dirumah mertua punye jiran..
seakan dapat cop pengesahan dari ketua kampong seberang..

tanpamu hidupku tak keruan..
hidupku hilang pedoman..
seolah olah menutup mata dalam kelam..
seolah olah pergi zoo tanpa melawat sang beruang..
seolah olah gagal menackle anak pak imam..
seoalah olah di curi topi keledar oleh mat pit..
seolah olah dikunci tayar oleh pegawai majlis perbandaran
semuanya keranamu..ya keranamu...
kerana denganmu aku tenang..aku senang..

tidak perlu memikirkan bir air bulanan..
tidak perlu memikirkan sifir sembilan
tidak perlu memikirkan pepatah karam singh....
tidak perlu memikirkan cuaca di ulu bertam...maupon di sandakan..
tidak perlu..tidak perlu semua itu..

cukuplah sekadar aku melihat..menyentuh mu ketika daku dalam keadaan suci..
apatah lagi kalau aku dapat membacamu dengan sepenuh penghayatan diri dan rohani...
cukup membuatkan diriku disayangi..dan mungkin di ketawakan mereka yang tidak mengerti..
keranamu..semuanya keranamu..ohhh ALQURAN........

p/s
sajak@syair@gurindam geli2@ape yang sewaktu dengannye ini telah dilakarkan jam 1.15 pagi.. tuan empunye blog baru je balik dari menguruskan diri..berpeluh peluh aku nak taip ni...amacam ade berani....




bukan sekadar omongan kosong

24 comments:

Unknown said...

baguss.sajak bermakna.:)
ji nite.g tido gih,huhuh

Unknown said...

baguss.sajak bermakna.:)
ji nite.g tido gih,huhuh

Hansyirah Takezur said...

ingatkan kerana kau ku jadi begini..

nice ustaz! deep meaning..

PUCCAnis said...

mule2 ingt nk dtujukn buat mak..tp lgi lebar senyum akir2 bait uh..cun ah...(^^,)

aliarosli said...

hhahahahhha
thanks wat entri pepagi
kawlah penemanku dikala aku kagelisahan

em,release sikit debar
tapi tak leh tido gak

doakan sok taw

adpat keputusan cemerlang
amin

❤Mrs. Myra❤ said...

waaa..ko ley jadi cikgu sastera la..:P hehehe

.::TAIKO ::. said...

al-quran ubat paling best wat penyejuk hati kn ustaz..huhu..
like dat..sempoi tapi penuh pnghayatn..

vampire's lovex said...

hammmboiii kemain jiwa sastera lagi kau ehk... syabas haha

Arm_mj said...

wooooooooooo *tercengang*

aLya maNip said...

mungkin ditertawakan kerana ada yg tak mampu raa nikmat bila disisnya.. :)

KUREKURE COMEL said...

fuuhhh...baru terserlah ustaznya...
heee....



bagus2....AL QURAN adalah sebaik baiknya...

Kira Sakura said...

Al-Quran penenang hati, pengubat kegelisahan, peneman diwaktu kedukaan dtg menghimpit.....

:: cikNuurul :: said...

berani ko jiji,buat sjak tgh2 mlm,.hehe,.pasni buat la lg,aku nk tgk prkmbangan,.hehe,.bru nmenyer ustaz jiji,.

Ina said...

Al Quran pedoman hidup, bacalah dan hayati..

Eliza Sulaiman said...

indah,

:)

Qaseh Dalia said...

like :D

noa said...

wow ending
unexpected
ku sangka kan lain
rupanya lain

ENTRY HOT : Betul ke Tak Betul??

lini hasnan said...

Alhamdulillah. tak sangka betul, tadi dah salah faham dah.hihihi

Lydia Miza said...

pelik..mana komen gue ilang?masuk spam ke?kih3

Areyoudys said...

as salam..
haha. tak ter-berani la saya nak mencabarkan diri~ tak kreatif macam tu.

copy paste boleh? simpan buat rujukan sendiri.
ekeke~

AnakPakZohar said...

ok... aku like.. aku suke.. aku cam tenang jek bace walaupon agak geli2 sajak ni.. mendalam .. nak menitis air mate ni...huhu

yang arif said...

manis :)

intan.maisarah said...

sejak kau dilahirkan..sejak kau dikenalkan..
aku bagai terpukau dek keindahan bunga bahasamu..
helaian berwarna dirimu membuatkan aku terleka..lupa..
lupa tentang soalan test lesen kereta..
lupa tentang kejelekan perangai sesetengah insan..
lupa tentang cinta yang dibiarkan...
terkadang aku lupa bayar neslo yang diteguk tanpa sengaja..

kehadiranmu seakan memberi sinar dalam siang..
seakan dilempar selimut dalam kedinginan..
seakan dibelanja sirap ketika kehausan..
seakan dapat makan semeja dengan pengantin..
seakan berhari raya dirumah mertua punye jiran..
seakan dapat cop pengesahan dari ketua kampong seberang..

tanpamu hidupku tak keruan..
hidupku hilang pedoman..
seolah olah menutup mata dalam kelam..
seolah olah pergi zoo tanpa melawat sang beruang..
seolah olah gagal menackle anak pak imam..
seoalah olah di curi topi keledar oleh mat pit..
seolah olah dikunci tayar oleh pegawai majlis perbandaran
semuanya keranamu..ya keranamu...
kerana denganmu aku tenang..aku senang..

tidak perlu memikirkan bir air bulanan..
tidak perlu memikirkan sifir sembilan
tidak perlu memikirkan pepatah karam singh....
tidak perlu memikirkan cuaca di ulu bertam...maupon di sandakan..
tidak perlu..tidak perlu semua itu..



*ulu bertam*

alexayussida said...

al-quran..ayat-ayat cinta dari Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved