nak kawin dengan cikgu

 kenapa mereka kata hendak berkahwin dengan cikgu..

1. Hidup Berjadual.
aku tak kate wanita yang bekerjaye lain tak berjadual..tapi kalo cikgu  kompom2 jadual die memang dah ditetapkan..dan die memang kena ikut jadual tu...kalo tengok cikgu kimia..hidop die bukan je berjadual..tapi siap ber kala lagi tu..

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh(berjemaah).

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau takde kelas tambahan atau aktiviti sekolah)


Senang kan?

kalo dah kawen si isteri tu akan mengator hidop berkeluarga dengan lebih sempurna..macam biaser la..nothim perferct kan..tapi cubaan tu harus ada...


Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak buat)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam :ektibiti yang berpaedah..bace quran sesame ke..layan citer ke..

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi kepala besar apabila dibiarkan. maka cikgu cikgi kena bagi perhatian lebih kat budak2.tu..tapi jangan sampai jadi kes khalwat pulak...


wait2....
hade pernah korang dengar orang ramai salahkan  pak seman pengayoh beca..wak karman posmen..ali jurutera..bila jadi keruntuhan moral sekang ni..

tak adakan...mesti salahkan cikgu je jugakk..
jadi cikgu mesti komited

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)


3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas jawapan exam, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?(tapi ade je yang menipu)



Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.


4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yangkeje kat pam minyak pon tu pon kekadang serabai jugak..

Makcik-makcik cun yang dok basuh pinggan tu pon kekadang meroyan..

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.


Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?


Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.


5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang cikgu


6. Penampilan.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia.sebab bagi aku setiap manusia tu cantik cume kite perlu cari kecantikan manusia tu senirik..kalo tak jumpe diam2 sudah takyah nak menghina ke ape ke.. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?



bukan sekadar omongan kosong

23 comments:

waN Mohd Salim said...

baik kawin ngan aku .. huaahahaha .. any way follow la sye kalau bermase

liyana ghazali said...

guru an ibarat lilin yg menerangi kegelapan...tp ada jgk yg xnk jd guru sb takut kne sumpah seranah ngn murid2 (bg yg rase xlayak la)...hikhik,,,

vampire's lovex said...

pehhhhh kemain detail lagi.....


apa lagi,cikgu-cikgu dan bakal2 ckgu luar sana....pakat2 la meminang jiji yu ni....


baik org nye,sopan santun,bla...bla...bla....dll...haha..tolong promote lah pulokkkk

skandaLdariLangit said...

entri ni buat ska tersenyum :)

HATYCIKNUURUL said...

mak aku pon nak buat entri cmni klu die ade blog,.hurmm,.

KUREKURE COMEL said...

hehehe...dulu suka tgk penampilan cikgu....


kalau comel puji...kalau tak...teeettt...


hihihi...

Hansyirah Takezur said...

suka bce part jadual cgu tu... mmg sharp la ey tiap2 hari camtu.. bagus! sgt punctual! hehe.. :)

therosputih said...

"kawin je lah ngan pangkat cikgu itu, bukan empunya diri yang bekerja sebagai cikgu"

ada komen ttg kenyataan di atas?=)

aLya maNip said...

lepas nie ramai la pompoan2 kat luar sana nak jd cikgu lepas baca nie.haha
tapi kat utm sdirik, dak laki engineering cari awek dak fakulti pendidikan. diorg cakap selamat rumahtanggan anti..hehe

Ummu~Ishak said...

walaupun daku penah jadi cikgu dan sedang jadi cikgu, daku tetap suka keje kat opis yang cuti-tak-banyak-keje-pulak-fullday tu.

sebab pe eh? minat punya pasal.

**rindu JPS, haihhh

fyna said...

hahaha...suke entry nih...

eRza farEeha said...

hee..nk jd ckg la cm gini.hehe

Cik Akma said...

tapi hati2 kalau dpt cikgu disiplin. garang! ;p

intan.maisarah said...

ok. saya jadi cikgu pas ni

kiera'sakura said...

errr tumpang tnye... ade vacant jawatan ckgu x? hahahaha

Naddia said...

aku tetap nk kawen dgn engineer...

HEROICzero said...

hehehe sesuai la tu, cikgu kawin dengan cikgu. senang. faham masing2 =)

Qaseh dalia adelia said...

xleh wat dua kerja dalam satu masa maybe kawen nnt kerja sekejap je .. bila dah ada baby terus stop n fokus keluarga wah2 jadi ibu yg penuh kasih syg haha

aliarosli said...

hahhaaahhha,lengkap tol kaw terang
er,nak ke cikgu? taknak lah
cikgu pon time cuti ade gak kene keje





pssst : sibok ape semalam?

tulus sweet said...

haaa cepatlah berebut nak kawen ngan aku eh. huhu

KatekateKite said...

patutlah encik tunang tak habis2 memakse suh kite jadik cek egu.....

tp..... dah bape kali apply xdpt2 lagi...

huhuhu... belom ade rezeki kot ;(

TunTeja said...

bangee gue as bakal guru :p

Ainul Hayat said...

Teringat time bebudak tulis dalam kad profile, tang column cita-cita: GURU...sekarang tak jadi guru pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved