untuk KITA....



Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.
Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta
Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.
Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat
Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.
“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.
Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.
Tak ada masalah.

Ingat Allah
Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”
Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la
Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:
1. Serius nak dapat redha Allah.
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.
Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?
Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?
Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”
Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?
Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda
Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?
Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.
Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?
Aha…
Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.
Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira...persiapkan diri untuk ALLAH..

P/S
SEINGAT GUA..GUA AMBIK ARTIKEL NI DARI BLOG MANA HENTAH..DAH LAMA DAH..KALAU LE TUAN BLOG TU DATANG SINGGAH SINI..GUA MINTAK HALAL EH..NANTI KITA GELI GELI EH..PEKENA CENDOL SEBARANG DUA..



bukan sekadar omongan kosong

46 comments:

Anum said...

tahniah pada mereka yang berjaya

Unknown said...

Tahniah utk diri aku sendiri

tp cinta mmg indh kn hehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Eera Shera said...

aku masih mampu bertahan..haha :)

syakirahmn said...

artikel ni bagus. alahh, takda na marah, konfem tuan punya artikel tak kisah nak d share kan asalkan stated.

carilah redha Allah, kejarlah cinta Allah.

SoLy SoLicious said...

aku berjaya la eh? hhaaha

Faaein Talip Roy said...

kira akak berjayalah meninggalkan alam couple ni.. Alhamdulillah.. Tapi risau tetap.. Esok lusa.. kita tak tahukan apa jadi pada diri kita... Mohonlah dijauhkan perkara macam tu lagi.. Nak cari redha Allah hingga nafas terhenti..

*Ok.. Nanti akak buatlah tips2 tu.. entah2 nanti dek jiji punya tips lagi hebat kot...

Ieyqa Adam said...

tidak mahu cinta hanya sebatas dunia. hati tu, Allah yang pegang..ada jodoh, ta ke mana. hehe :')

Sunah Sakura said...

aku nak kawen

Rtp Farra Arisha said...

never been faling in love. so, i only know nothing about love. hehehe.
yang pasti love needs everything especially sacrifice :')

Ameena Muktar said...

saya suka entry ni. rasa macam nak kawen lak. nak balik bgtau mak suruh cari calon eh. hehe

aamalinaazman said...

hurm
senaaaang je mata bile bace
meresap masuk jiwa =]


p/s: amboi! bab2 typo laju jek engko..haha

Umie Nadhirah said...

Aku macam hadir forum perdana ehwal islam.. terbaik bro..

:D

Anonymous said...

aku ingat originally ceramah dari kau.suke entry ni.

baideway. aku dah stop couple.

sebab








aku kan dah kawin..hihihihihi

Asyila Zainuddin said...

sejak tinggal kapel,siyes rase tenang kot.. tak payah nak duk teringat kat org lain.. heee..

Acik said...

lepas kawin baru dating -tak derk sape nak marah.

Ujie Othman said...

bagus entri ni!

cinta mmg tiada salahnya.
tapi kalau benar cinta, mengapa diheret insan tercinta ke lembah dosa? itulah cinta tanpa agama.

laskar pelangi said...

fuh:) sejuk hati baca ni..nak singleeee sampai ada yang masuk minang satgi...nak sweet2 lepas kahwin jer...dh tu jiji..cepat2 la kawen dengan sang pelangi hati tu..chewah!

Zul fattah said...

aku dah tak couple ji.. haha..

Unknown said...

aku tak pernah couple =)

bobiedanbad said...

sy tak couple...dah kawin so double hihihi

qasehraihan said...

tahniahla..
tahniah..
tahniah..

jiji xkapel ek??hehe

ain fathihah fhm said...

wuuu. rasa nk insaf. nak kaweennnn!

PUCCAnis said...

nais...

ieza ashaari said...

tahniah bg yang berjaya..

islam indah.. sangat indah.. :)

FaKArePa!n said...

plik jugak bila nampak ostad buat entri dengan menggunakan bahasa baku ni.. hehe

eRza farEeha said...

like berjuta2 kali n3 ni...
skg ni statemnt mcm ni da byk org share kn..

Cik Pulau said...

suko la entri ni...huhuhu.
ingat demo sakni ji taip panje2.. hehehe

cik annur said...

baru teruja egt jiji tulis artikel nie..hahaha~

hazanis said...

gua suka entry nie...^^

ghost said...

aku masih lagi membenarkan diriku bercinta.aku tak tau mau letakkan di mana kategori cintaku.

Unknown said...

sebelum kawen akak bercinta dengan suami..mujur la akak ada suami yang tangkas dan pantas...
pertama kali jumpa(dia datang umah),terus cakap kat mak akak kami nak kawen..
gatai!heheehhe...

Anonymous said...

aku suka post ni.. superb.. banyak info.. moga orang2 yang ber'couple' di luar sana dapat balaja something bila baca post ni..

amirah said...

pergh entry ua sokong sama lu brader. ok kena kawin cepat!

MerLe said...

artikel yg baik utk dikongsi...bgus pak ostad...

azwa amani said...

like entry ni...wooo, memang susah woo, bertahun2 kenal, sampai masa hidayah tu dtg, ape je pasti kita lakukan demi Dia...mujahidah tu kan pahit, tapi syurga tu manis,..

EYQASARA said...

terbaekk!! Sy juga sudah tinggalkan couple.. tak de guna berkawan klu tak ada matlamat dan tujuan yg tak jelas.. am i right? hihi.. :D

*p/s! pas ni kenal, istikharah, suka then kawin trus! ahahahaa..

kella said...

ada kempem berhenti kapel ke? di sini ya? nak cari entri itu lah!

sangat bagus la artikel ini.. nak minta share jugakla! boleh ya! nak minta halal atas halal nih..

salam singgah salam kenai.. =)

asnizaziz said...

terbaik entry ni..x yah kapel2 la, kawin terus je kan baguih.

Paradise Gal said...

bagus sungguh. mahu jugak macam tu.

laskar pelangi said...

meme la tak salah bercinta..entry yg aku up tu bukannya salahkan golongan bercinta..tp berwaspada jer =)
takdok lah menolok sewenang2nya org bercinta :)

sedakkk kaklohhh blh g jom heboh..mesti ramai dooh lalu...jem koil plop tu

ezza haniza said...

ya allah .tuhan telah selamatkan saya..

Ceiler Mun said...

Ya Allah.. berikan la aku kekuatan.. aminnnnnn..



*tQ jiji :)

bersama kak Es said...

WAAHHHHHHH!!! Adik akak dah matured laaaaaaa... dah boleh kawen la ko Ji.

Bagus2 ni la baru lelaki MACHO

cimöt said...

yes! terlampau lega yg teramat sangat..not easy to take that decision but insyaAllah this is for the sake of relation with Allah..

but one question,
after leave him, mula2 tu mmg aku org yg salah ktenye..after realize, dia kata betol jalan yg aku ambil dan terima..TAPI dia still keep texting and calling me as usual but in different way not as kapel..pd aku mcm sama je atas dasar takde title lovey dovey..so, ko rasa??

sori selalu tanya ko pelik2..

Anonymous said...

Alhamdulillah .insyaAllah .Redha Allah yang kita cari bukan Redha manusia yang kita mahu .Amin ya Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved