hudud wajar atau tidak???

tanyalah retiss
sedih gua tengok jawapan deorang ni..kemain lagi ramai pak ostad kat mesia ni..imam muda lagi..imam tua pon ramai jugak yang dok ada..tanyalah ostad pon ada..ustad DON DANIYAL pon ada..ustazah pilihan pon ada..last last..deorang ni jugak yang kasi pendapat..

-quran dan segala isi kandungan die..diturunkan untuk seluruh umat islam dan umat NABI MUHAMAMMAD sepanjang zaman..bukan untuk kaum arab sahaja dedulu je..
- time terima ujian boleh pulak kata TUHAN lebih mengetahui apa yang hambanya perlukan..kalo time cenggini..
-TUHAN tau apa yang kita perlu dan yang tidak perlu bagi kita..sebab dia yang create kita..

ini gua kongsi apa yang TUAN EMPUNYA HUKUM KATA PULAK:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maaidah 5:44)
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (Al-Maaidah 5:47)

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maaidah 5:45)

Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya? Dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa yang dikehendakiNya; tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukumNya, dan dia lah juga yang amat cepat hitungan hisabNya. (Ar-Ra'd 13:41)

p/s
nak tanya..tanya lah pada mereka yang lebih arif tentang sesuatu perkara tersebut..



bukan sekadar omongan kosong

28 comments:

Eera Shera said...

bila manusia nk persoalkan hukum ALLAH...

HEROICzero said...

*senyum*

cik yuki said...

mintak pandangan artis ????? erm ...

Faaein Talip Roy said...

tanda-tanda dunia semakin tiba ke penghujungnya...

cik pulau said...

jangan persoalkan hukum Allah..
Faham dulu hudud sebelum berbicara tentangnya..
jangan bercakap tanpa ilmu..
tu yg plg penting.

penjajah minda said...

macam tak logik lak.tanya pun dengan artis.adoiyai dunia.

- abdul hadi abdul muti - said...

yang reporter tu pun satu, ade ke publish komen artis pasal bab hukum hudud? memang haru birulah..=)

aimi said...

biler ustad maahad dh bsuare...

sy sokong kate2 ustad mahaad....

dyorg nie..pakai sembur je....

Ujie said...

bertanya pd org yg salah..akan membawa kita kpd kesesatan yg nyata.

Niena Pengembara Ilahi said...

ambo sokong hukum hudud sbb hukum hudud bukan khas utk org arab je... bukan ke hukum hudud ni tok guru nk laksanakan sejak dulu lgi...? sejak zaman pemerintahan Mahathir, pernah terbaca artikel Tun Mahadhir di satu majalah Islam, katanya hukum hudud ni ganaz, Allah xsuka pda keganasan, tpi bukan kia Dia yg menciptakan hukum tu... apa yg Allah buat pasti ada agenda Nya bukan..jdi knp la kta ni nk tentang hukum Allah tu... Islam pda zaman, mcm ni lah... smpai berfesyen pn ikut zaman..smuanya nk ikut peredaran zaman.seolah2 Islam zaman Rasulullah dlu xsesuai dgn masa kini.tgk saje lah skang ni,kta bwh pemerintahan Islam tpi kt mana Islam nya..?hmmmm...ntah lah, kt akhirat esok jwb lah sbb pilih pemimpin yg salah

Rozuan Ismail said...

antara tanda2 hari kiamat,kalau saya tak silap. orang yang bukan dari pakar tentang agama menerangkan tentang persoalan agama

❀Hanim_RosLan❀ said...

ape ni..kenapa bercakap tentang keberkesanan hukum hudud??,itu kan hukum tuhan,Allah melaksanakan hukum hudud adelah untuk mengurangkan seksaan diakhirat,tak hebat lagi ke kasih sayang Tuhan tu??..haih,otak sekular tol artis ni.

nuruashia ♥ said...

pasaipa mcm 'cerdik' sangat g tny retisss pasal hukum Allah ni?? dorang pon xbertudung n seksi meksi..ade haty nk ckp pasal hudud bagai ehh..


nuru setuju~ "dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. "

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

apekehaee nyerr tanye artis??? alahaaiiii~

FasiHaH SupiaN said...

aku sgt sedih baca pandangan mereka..juga sedih dgn kenyataan SIS...siapa mereka?? astaghfirullahalazim..semoga Allah tunjukkan jalan benar,,

kiera'sakura said...

org yg bertanya tue pown satu hal jgak

sergeant keroro said...

bila retis jadi ostad.

Cik Muda Sae said...

sekarang kan retis ni keagunan dunia... hai donia..donia..~

Anum said...

lebih baik diam jika tidak tahu ilmu

Ummu~Ishak said...

kirim salam kat don daniyal... master dia dah siap belom?

(^_^)

aNaYaNa said...

takdok aroh la paper pun nak suruh laku pnya pasal..ustaz ustazah caca marba bagi pandangan pasal hudud..haih

chiLleD...!! said...

haish..xptt betol..bc komen diorg pon nth tak tau nk kta pe

diana said...

yang pelik nya artis tua pun cakap macam tak belajar agama..
heheheh

aimie amalina said...

dah mcm x de owg lain yg nk dtye..
mmmm....

NaeBlog said...

perlu letak sesuatu perkara pada tempatnya....

:)

Faaein Talip Roy said...

p/s: GIMP tu sama macam adobe photoshop..

kembatolo™ said...

haih.. panah sero bilo baco pendapat demo2 nih. baso jenih xngaji pah nk tunjuk biso.. ai ai!


hahaha

nurdani said...

pelik sungguh reporter tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved