takyah la baca talkin kalau......

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

pernah dengar talkin ke weyh???mane pernah dengar..dah aku tak mati lagi..sapa jawab camtu..memang lahabau..sebab antara tujuan bacaan talkin..nak kasi peringatan kepada kita kita yang masih bernyawa.

salu bila tiba part.."Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati."..

 aku terpikir..kalaulah keadaan simati semasa hidupnya..bapak lawan ALLAH..tolak hukum ALLAH..terang terang buat maksiat..jelas jelas tak jadikan nabi sebagai ikutan..tolak alquran dari dijadikan sebagai panduan..sunah tidak dijadikan pedoman..kiblat pon keliru arah barat ke selatan...macam mana dia nak jawab semua persoalan tu dengan cermat..tak cuak..tak gopoh..hurm...muhasabah untuk kita yang masih hidup...



bukan sekadar omongan kosong

9 comments:

Anum said...

menyedarkan kt yg masih idup

Fasihah Supian said...

sedangkan kalau ada program apa2, tang meniti angin malam ke apa, tang buat peserta di alam kubur, bukann fasilitator je terasa debarannya apetah lagi peserta. tapi.....itu baru dengar dan hanya imaginasi dan lakonan untuk kesedaran..... yang sebenar? hanya bila sampai waktunya...persoalannya..sudah kah kita bersedia? hurm....peringatan buat diri gak...

thanx la ji

SoLy SoLicious said...

xpernah dgr taklin live..huhu

Unknown said...

ada orang bila dengar talkin mesti menitis air mata..
akak la tu..
heheheh...
perasaan sayu tu datng tetiba je.
tak tau nak cakap cemana..
ada rasa takut,rasa sedih,rasa malu..
rasa menyesal..
tapi yang banyak rasa takut la..:p

jiji..
perlu ke kita takut mati??
takut nak menghadapi saat2 mati tu..
takut sebab kita tak tahu lepas tu kita kat mana..
takut sebab apa nasib kita lepas tu..

ye la kita bukan tahu kan amal ibadat kita kat dunia ni diterima ke tidak jadi mesti ada rasa takut tu..ada orang kata tak elok rasa takut tu..tapi cemana kalau dah memang takut..

fRaMe+LenSeS said...

betul la boss. aku setuju ng ko. ;)

peringatan buat kita yang dok dengar tu. kita tengok dia dah tak ada, kita dok ada lagi, nafas tatau nak p panjang mana. tak sedaQ2 diri lagi ka? :D

Paradise Gal said...

bukan amalan kite ke yg jawab. bukanye otak ke rasional kite yg jwb. tak gune memory pon. kan?

Unknown said...

aku skong je

aamalinaazman said...

org selalu ingat talkin untk si mati, tapi hakikatnye talkin tu mmg utk sihidup yang mash berbaki di dunia ni
sagt sentap jiwa bila bace ni..
emm3..

Kira Sakura said...

selalu beremang bulu roma aku klu dengar talkin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved