Saya punyai seorang sahabat,
Yang pernah saya lihat menangis,
kerana terdetik rasa benci dalam dirinya,
sedangkan dia adalah orang yang dengan penuh kasih sayang.
Dia menjadi inspirasi saya,
Untuk belajar menerima semua orang,
Untuk menggantikan rasa benci dengan kasih sayang.
Saya kenal seorang sahabat,
Yang pernah saya temui sedang seronok membeli belah,
Bukan untuk diri sendiri tapi keluarganya.
Dia menjadi inspirasi saya,
Untuk melebihkan orang lain dari diri sendiri,
Untuk belajar erti pengorbanan terhadap keluarga.
Saya kagumi seorang sahabat,
Tatkala semua mata terpaku pada wajah seorang gadis,
Tapi dia menundukkan pandangan pada sarung kaki gadis itu.
Dia menjadi inspirasi saya,
Untuk menjaga pandangan dan menyucikan hati,
Untuk menilai wanita bukan pada rupanya..
Saya miliki ramai lagi sahabat,
Yang mana saya jadikan inspirasi saya,
Untuk belajar tentang kehidupan,
Dan saya mengharapkan anda juga mempunyai sahabat begitu.
11 comments:
ada juga sahabat macam tu :)
saya pom ada jugak sahabat sehati sejiwa (^_^)
alhamdulillah...
sahabt yg membawa kebaikan.. :)
as salam: Jiji, akak hanya guna DSLR sony A230...masa ambil pic akak selalu guna lens Tamron 17-50 mm. dan akak selalunya ambil pic dalam keadaan mood cahaya yang terang bederang :)
Kalau tuk gambar potrait akak akan shoot 3 @ 4 kali untuk satu pose...
tak pandai pun akak ni...dan menggunakan sedikit editing aplikasi photoescape.
sedih giler....
susah skrg nak cari sahabat . member ramai , huhu .
^_______________^
sahabat
mmg sumber
inspirasi!
gmbr ko ngn sape tu
sapo dio ji wak tunduk tengok kaki tuh..aku doh dok beraso..haha
sahabat yang baik, kita pon akan jadi baik. Insya Allah.. :-)
Post a Comment