result PMR gua

Hari ini rata-ratanya topik perbualan dalam radio berkisar kepada PMR.Atas sebab ikut arus semasa maka aku pun nak bercerita pasal PMR.

Beberapa minggu sebelum aku nak PMR,budak-budak perempuan yang mana lemah semangat pakat-pakat habis kena histeria pasal dua tahun setengah sibuk bercinta tinggal lagi sebulan baru nak cover semua.Yang budak lelaki semuanya rilek jer macam hari-hari biasa sebab akal kami ada 9 lagi-lagi budak kelas akhir macam aku.

Aku sama macam budak lelaki yang lain.Menda dah belajar 3 tahun takkan la takleh jawab tu la bengap sangat banyak makan kepala ikan.

Malam sebelum nak periksa aku ponteng prep tido dalam dorm,kalau nak ikut jadual asrama memang tak cukup tidur la gamaknya.Ini semua demi masa depan aku,bukannya warden asrama.

Petua Dr.Fadhilah Kamsah memang aku follow tak miss satu step pun.Dari langkah kanan sampai la call makbapak sebelum masuk dewan semuanya aku ikut.

Bilamana pengawas kata boleh mula,terus budak-budak lain cepat-cepat buka kertas takut masa tak cukup.

Aku pulak bukak perlahan-lahan pastu tengok semua soalan sambil dalam hati berkata "Dua tahun setengah aku belajar cuma nak jawab 40 soalan?Rasa macam tak berbaloi sangat".

Kertas-kertas Bahasa Melayu,English,Sejarah,Sains,Matematik itu semua memang aku yakin boleh dapat A.Masalah sekarang ini pada dua kertas yakni Geografi dan juga Bahasa Arab.

Aku memang tak minat Geografi sebab tak reti baca peta.Kadang-kadang boleh salah tunjuk Malaysia dekat Nepal.Itu belum campur lagi kalau dia tanya padi huma takpun Banjaran Crocker dekat mana.

Untuk subjek Bahasa Arab,memang aku dah pasrah saja.Mak aku pun tak menaruh harapan tinggi pasal tahu pencapaian anaknya dalam bidang nahu dan fiil.

Tibalah hari yang dinanti,kertas yang dibenci yakni Geografi...

Lima minit peperiksaan bermula aku lukis peta Malaysia dekat kertas sambil tanda-tanda kawasan pertanian.Sedang aku lukis peta Malaysia sampai jadi macam karipap,datang pengawas peperiksaan tegur kasut aku.

"Eh,ini bukan kasut sekolah.Ini kasut sukan.Esok saya tahu kamu pakai kasut sekolah"

"Inilah kasut sekolah saya cikgu.Saya mana ada kasut lain" jawab aku sambil buat muka macam anak orang miskin.

Mungkin simpati dengan muka aku padahal tak tahu sudah kena kencing cikgu tadi pun senyum lantas berkata "Esok pakai kasut lain ya?Kalau takde pinjam kasut kawan kamu"

Esoknya paper Bahasa Arab,fiil entah kemana,nahu dah merayau tinggal nehi,aku masih pakai kasut yang sama.Celah mana nak tukar baik aku fokus pada ajaran Dr.Fadhilah Kamsah,abaikan benda yang lain yang penting ajaran fadhilah kamsah kena aku turuti..untuk keberkatan katanya

Tapi yang hairannya,kali ini cikgu tue takde tegur.Dia cuma senyum saja masa passing kertas.Entah kenapa hati aku berdebar pula.Adakah ini yang dinamakan cinta?

Aku cuba jawab sehabis baik.Habis selawat keatas nabi dan juga istigfar aku ucapkan punya la cuaknya kertas Bahasa Arab.

Sambil jawab,mata aku kerling kearah cikgu tadi.

Sekali cikgu tue tengah perhatikan aku.Bila aku pandang dia,terus dilarikan pandangannya ke arah lain macam  malu-malu kucing.Nampak blushing gitu dari sudut pandangan tepi.

Hati aku mula tak tenteram.Dalam hati dah fikir camne la kalau ada skandal dengan guru.

Mujurlah tiada apa yang berlaku selepas itu.Cuak juga kalau tetiba cikgu tue nak mintak no. fon, masa itu mana ada handphone lagi public phone ada la.

Berminggu berlalu,keputusan PMR akan keluar hari itu tapi sedikit perasaan cuak pun takde.Yang ada cuma perasaan best pasal lepas balik karang nak main Counter-Strike dekat CC ramai-ramai.tapi taqdir menentukan..aku ak ambik pon PMR..dan ini sume citer dongeng je..lahabau betol aku...
 
aku sama jugak macam kembatolo..mana ada kitorang ambik PMR..berjaya je jugak dalam kehidupan sekang ni..takdernye mati kebuluran..citer kat atas ni..citer maen sebat je pon..tak kesah la kan..ada aku kesah..tak ade pon.. pesan abang jiji pada adik adik yang tapau result PMR ini hari...,jangan takut dengan PMR sampai histeria bagai.Kau dapat 9A belum tentu nanti kau keje gaji kau 9 ribu.Buat yang terbaik tapi enjoy saat itu.Kau takkan ambik PMR dua kali!



bukan sekadar omongan kosong

15 comments:

Anum said...

hebatnya

Cik Pulau said...

huk alohhhhh.........
muahahahaha

Unknown said...

hahahhha! terbaikkk! 9a belum tentu gaji 9ribu, agree! :)

Unknown said...

budak2 sekarang semua pandai2

Unknown said...

kemain aku bace.. haihhhh

Fizfai said...

bole buat novel, tajuknye

= cinta pmr

Sunah Sakura said...

ko tak amek eh?

aamalinaazman said...

aikkk
ko bukn sekolah keb pon x amik eh..
xpe2..betol2
pmr tu hanya suku...x smp suku pon dr hidup :))

TunTeja said...

eh.awat jiji tak amek PMR?

fat said...

argh! aku rindu zaman PMR.

#zaman innocent hahaha

HOLGA yaw!

Eera Shera said...

memang lahabau..sungguh2 aku baca.. haha

ceritera aimie said...

jiji yuyu ,aku amik pmr harini .haha .bergegar gegar meja cikgu tu aku tolak sebab tak saba nak pegang slip PMR .hoho .last last dapat 5A3B .tak sia sia bapak aku p skola ..kuang kuang kuang

inna_risna said...

betul tu..PMR tu cukup langkah kecil kita utk ke peringkat seterusnya..tp bila mana langkah kecil tu kita bjaya laluinya, insyaAllah, langkah seterusnya boleh diulangi dgn kejayaan...^^

laskar pelangi said...

rindunya zaman muda mudi dulu..hik3
jiji..busy ke skrg? selalunya dalam sehari 2 3 entry jugak..sekarang susah nampaknya nak tgk jiji up entry

Unknown said...

ko xde pmr eh

spm de x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved