jejaka maskulin yang berani

gua mintak maaf awal awal lagi pasal post kali ni yang mungkin bakal mengguris hati sang jejaka MUSLIM diluar sana..


gua nak kasi sembang pasal kaum jejaka yang buat bingai je pasal solat jumaat..maklomla ..hari ni hari jumaat..penghulu segala hari..bagi gua..jejaka diluar sana yang boleh buat derk je dengan solat jumaat adalah jejaka jejaka yang berani amat..

sangat berani apa?
sangat berani melawan perintahNYA.
sangat berani melanggar apa yang telah ditetapkan Allah.
sangat - sangat berani mengingkariNYA.
beraninya deorang,
dalam keadaan tiada keuzuran yang dibenarkan islam,
bersenang lenang dan selamba badak air jer meninggalkan solat jumaat.

sedang jujunjungan besar yang kita mengharapkan syafa'at darinya telah bersabda
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud)”
maka sebab itu gua kata BERANI nya jejaka itu!berani sungguh,

dalam sedar hakikat dia sedang berdosa, masih selamba berlagak biasa.
waktu untuk solat jumaat itu,
boleh pula ke shopping complex, ke kedai makan, ke kedai motor, ke sana sini.
selamba, biasa je, dengan alasan,
“alah, sekali sekala…”

bila meninggalkan solat jumaat yang seminggu sekali itu sudah menjadi perkara biasa,
maka apakah ertinya istimewa penghulu hari itu, buat para sang jejaka

beraninya,berbuat dosa,
namun merasa biasa-biasa dengan dosanya.
beraninya secara terang-terangan ,mengingkari perintah-NYA.

sedang gua?gua takut dan gerun melihat keberanian mereka,
dan gua sebagai jejaka gua sedih dengan sikap mereka..





bukan sekadar omongan kosong

22 comments:

IMANSHAH said...

ikat tangan pada tangga masjid je

Cik Pulau said...

hurmm.. berani..
aku nk like jah..^^,

Iffah Afeefah said...

takut dgn keberanian y menjadi2

diana said...

kat kawasan umah akak ni pun ada macam tu..
kadang2 bila dia dok repair motor kita dok tengok dia lama2 dia buat dek je..buat tak paham..
nampak sangat tak de malunya...
ego pun ye..kan??

keri ikhwan said...

diorang lupa hari tu hari jumaat...
:)

nuruashia ♥ said...

sokong ji..
nuru pon tkot tgk depa yg cm ilek jee monteng jumaat huhuh..
xtkot dosa btol huhuhu

Pembunuh Tanpa Bayang said...

mengapa perlu diabai tinggal sedangkan ia hanya datang seminggu sekali sja.

susah?

tak susah jika pahala dan redha yang di dambakan...

kaAka said...

sokong....
dulu kaaka suka pegi mall hari jumaat coz xramai org tp skrg nihh xkira hari dh...ttp ramai org,yg sadisnya bila hari jumaat bro2 kite buat rilex jer...pakcik2 pun xkurang hebatnya...MANUSIA TANPA KESEDARAN...

~Filzati Zulkepli~ said...

btul tu ostad jiji. ce tgk time2 gini kt shopping complex, melambak2 kutu berahak. hish. mcm mana nk pimpin rumah tangga klu solat jumaat tinggal?

ijA said...

macam manalah..adik kita pun x g solat jumaat..selamba je tinggal..ada tips x..kita yg risau die x g soalt jumaat..

Princess Nur said...

semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk olehNya agr kembali ke jalan yg lurus..Aminn

naqib faiz said...

betol2.. gua pon jejaka

shera haifa said...

bila tinggal sekali pasti nak tinggal berkali2x..

CucuTokMat said...

tak kurang hebat dia dgn budak-2 sekolah yg tggal asrama. hari jumaat la time untuk berdating dgn makwe dkat mall. dgn tak segan silu plak tuh. dah la tak pegi sembhyg jumaat boleh lgi pegi berdating.. MASYALLAAHHH !!

akoo pae said...

gua pon sdeh dgn keberanian mereka. :'(

Zahirah Dzulkifli said...

Kan? Isk Isk. Mereka memang tak ada rasa tanggungjawab sebagai orang Islam dalam diri la tu

Aini Azman said...

apa la perasaan diowng erk...

ghost writer said...

bila aku terlalu berani itu tandanya aku akan ketakutan.aku pun selalu miss dan itu buat aku jadi takut juga.

[sutera kasih] said...

jejaka camtu, mmg tak kan dekat pya..

Azham Vosovic said...

saya tak berani huhuhu

qlah said...

mintak dijauhkan , Amin .

kiera'sakura said...

aku suka kuar time org pegi solat jumaat, pasal best TAK BANYAK lelaki kt luar tue.. dan boleh tgk mana lelaki yg dgn berani dan tak malunya tinggalkan jumaat tue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved