kenapa kita didunia

kenapa Allah ciptakan kita dan dihantar ke dunia?
dan kita kena hidup dan diuji di dunia ?
mengapa Allah tidak hantar kita terus ke syurga?


kalau lahir-lahir kita terus masuk syurga,
maka kita akan terbiasa senang,
maka kita tak akan rasa betapa NIKMAT nya syurga itu.
kita tak akan rasa pergantungan dengan Allah.
kita tak akan rasa untuk berharap pada Allah.


sebab apa?
sebab bila dah masuk syurga senang-senang,
kita akan sentiasa rasa senang,
kita tak akan tahu bersyukur.


sebab itu,
Allah hantar kita ke dunia, dan diuji dengan macam-macam perkara,
supaya kita belajar rasa bergantung dan berharap pada Allah,
supaya kita belajar rasa bersyukur,
supaya di akhirat kelak,
 

setelah kita belajar rasa derita dan kesusahan di dunia ini,
kita akan rasa betapa nikmatnya bahagia di sana..

dan waktu bahagia itu pasti akan tiba..


p/s

 entry saya sayang awak buat ramai yang terasa keww???tak kesah la..dah benda betol kan.





bukan sekadar omongan kosong

12 comments:

Yatie Awang said...

yang penting sekarang kita berusaha untuk ke syurga InsyaAllah...

yana-feehily said...

tidak beriman seseorang itu apbila dia tidak diuji.. :)

nurdani said...

masa kecik dulu pernah terfikir fasal benda ni."kenapa tak masuk je terus dalam syurga,kan lagi best"

Allah menguji setiap hamba-Nya.

Iffah Afeefah said...

Muhasabah diri jp

cik AngguR said...

tQ ats peringatan

Pn. Sheila said...

em.... thanx for sharing...

kiera'sakura said...

dan sebab tu jugak Allah tak campak kn kita terus ke neraka

Rozuan Ismail said...

betol tuh. sebab kenapa kita di dunia.

azwa amani said...

kita adalah khalifah di bumiNya.. seharusnya kita ada rasa tanggungjawab menegakkan Islam dibumiNya..

Cik Pulau said...

tertanya-tanya..
layak ko aku ke syurga.. :(

shera haifa said...

nice..akan aku semat di dalam kalbu ku..

wawa meiko said...

Entry yang menjawab segala persoalan . Thankyou !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved