kerana kita semua manusia

Dalam hidup, pelbagai jenis orang yang akan kita jumpa. Suka atau tidak, kita terpaksa terima dan mereka punya identiti mereka sendiri, cuma jika menganuti agama yang sama, perkara-perkara asas tetap sama. Ada yang punya kekuatan untuk menegur secara langsung, ada yang tidak. Ada yang menunggu masa yang lebih sesuai dalam membuat teguran. Ada yang menegur dengan cara yang sungguh halus.

Dalam dunia, ada perkara patut kita lakukan dan yang tak patut.
Tahniahlah kepada diri anda sendiri jika anda telahpun melakukan perkara yang patut dan meninggalkan perkara yang tidak patut. Tidak perlulah menunggu orang lain mengucapkan tahniah, hargai diri  sendiri dengan mengucapkan tahniah jauh lebih hebat kesannya kerana takut diri lupa diri dan ianya akan membuatkan anda lebih berjaga-jaga dengan pujian.

Apa pula perkara-perkara yang tidak patut anda lakukan, tetapi anda lakukan?
Apa pula perkara yang anda patut lakukan, tetapi anda tidak laksanakan?

Muhasabahlah wahai diri, itu yang terbaik. Apa perkara patut dan tak patut?
Bertanya pada yang berilmu
Bertanya pada kawan yang mampu memberikan perbincangan ilmiah
Membaca dan terus membaca (pada yang beragama Islam, terokailah Quran dan sunnah Rasul-Nya)
Berusaha berubah (berjaya atau tidak bukan perkara pokok, tetapi usaha ikhlas yang berpanjangan secara konsisten untuk melakukan satu perubahan.)
Dan bersyukurlah apa yang diberikan mungkin dalam masa yang sama insan lain tiada.



bukan sekadar omongan kosong

12 comments:

Iffah Afeefah said...

ye manusia

sme je mencari sesuatu dlm diri

bersyukur kerna masih ade nafas

mencari sesuatu y tsembunyi

reenapple said...

kita semua punya pegangan yang kukuh...=)

bobiedanbad said...

malu bertanya maka akan hanyut dan trsesat, bertanya pada yang patut

Cik Pulau said...

yolo... terokai al-quran dan sunnah...
hurmm...xpyh tunggu ore puji..hahaha

nuruashia ♥ said...

mnusia slalu xreti nk bersyukur..sllau ase diri da teruk pdhal org lain agy teruk dugaan die..hmmm..

**::CIKNUURUL::** said...

sebenarnye mereka tau ape yg patot buat tp dah sifatnye memang suke buat benda yg salah..tetap jugak buat,..huuu,xpatot2..

FasiHaH SupiaN said...

sbb tu kena selalu muhasabah..dah lah selalu lupa..lagi2 aku ni...

tomatokering :) said...

sedih sedih sedih . tapi ramai lagi sebenarnya yg lagi sedih dari gua. *sobsob kesat hingus kat lu

KaK LimAh Si SupiR said...

nak muhasabah dri :(

[sutera kasih] said...

muhasabah diri..
thanks bro

azwa amani said...

muhasabah lah.. kenang kembali siapa kita disisiNya, adakah kita sudah menjalankan tugas yang diamanahkan untuk menyebarkan agamaNya.. Allahurabb.. sesungguhnya diri ini selalu leka dan lalai dengan dunia

kiera'sakura said...

manusia selalu takut nak berubah bila ada mulut-mulut yang cuba meruntuhkan tembok kekuatan untuk berubah...

ALhamdulilah dan tahniah bg yang berjaya melepasi tembok tue...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved