kerana 'mulut dan pandangan manusia'

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, terseksa himar tersebut.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dinaiki.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”




bukan sekadar omongan kosong

8 comments:

Lydia Miza said...

kadang kala bingung nak buat apa bg memuaskan pandangan org lain

aamalinaazman said...

berkata2 biarlah berakal :)

Unknown said...

susah nak puaskan hati org lain.kita buat jelah yg terbaik

Hafriz Mohamad said...

kita mmg xleh nk puaskn khendak org.. sbaliknya kita buat sbaiknya apa yg trbaik pd pndangan Allah~

jom singgah blog PM plak.. :D

Unknown said...

kdg mate bole ttpu

Cik Pulau said...

aku sokmo dgr pasal cerita ni.
hehh..pelik sungguh main nga mulut ore neh.
xdop hok kno sah habuk..

KaK LimAh Si SupiR said...

semua ny salah =_=

Kira Sakura said...

klu nk ikut pandangan manusia mmg sumenye x betol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

:fully designed by yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved